Seperti yang kita tahu, adat memberikan ‘doorgift’ kepada para tetamu setelah usai menghadiri majlis perkahwinan merupakan suatu perkara yang biasa kita dengar.
Kini, terdapat pelbagai jenis doorgift yang unik dan berguna serta boleh dijadikan sebagai bahan memasak diberikan kepada tetamu selain daripada bunga telur sahaja.
Begitulah kisah yang dikongsikan di laman TikTok mengenai seorang individu yang menerima doorgift unik di sesebuah majlis perkahwinan telah berjaya menarik perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nfnajah itu, dia menemukan satu peket perencah nasi goreng, perencah oden dan tepung cucur udang, kesemuanya dari jenama Adabi kotak doorgift tersebut.
Difahamkan, dia berasa sangat gembira dengan doorgift tersebut kerana ianya boleh digunakan sebagai bahan memasak di rumah nanti.
“Best pulak makan kenduri harini dapat doorgift rare,” tulisnya di ruangan kapsyen video yang tular itu.
Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video ini telah meraih sebanyak 486.7K tontonan, 33.3K tanda suka, dan 482 komen di platform laman sosial berkenaan.
Apabila meninjau di ruangan komen pula, rata-rata warga netizen turut berpendapat bahawa doorgift sedemikian sangat berguna untuk diberikan.
Malah ada juga beberapa individu yang berkongsikan pengalaman mereka mengenai doorgift lain yang unik dan sangat berguna ini.
Antara komen netizen:
“doorgift sy bg tepung bestari . tak membazir. org mst guna”
“Ni kalau mak aku yg dapat ni . Confirm dia salam banyak kali 😂”
“sy bagi doorgift serbuk teh wangi. kawan2 yang muda semua suka. tapi hat tua2 pulak be like “serbuk teh??” alaaaahh 😅”
“sukaaaa, balik boleh masak2 makan ramai2. 😁”
Video TikTok yang tular: