Connect with us

Viral

“Macam tambah bonggol mini” Perkongsian JKR JB Hasil Tampal Jalan Dikecam Netizen

Isu jalan berlubang di negara kita bagaikan tiada penghujung malah ada juga kes kemalangan direkodkan gara-gara jalan yang rosak dan berlubang.

Terkadang aduan yang dibuat oleh rakyat seolah-olah tidak diendahkan bahkan menteri kesihatan iaitu Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga pernah kemalangan sewaktu menaiki basikal oleh kerana jalan yang tidak berturap.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana Jabatan Kerja Raya Johor dikecam ramai setelah memuat naik sebuah gambar berkenaan keadaan jalan yang berlubang mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian tersebut yang kini telah pun dipadam, JKR Johor Bahru berkongsi beberapa gambar aktiviti penampalan lubang di Lebuh Raya Pasir Gudang Seksyen 9-10, menghala Pasir Gudang – Perling.

Walaupun jalan berlubang tersebut telah diturap namun hasilnya tampak sangat tidak memuaskan apabila ianya seolah-olah timbul dan mampu membahayakan pengguna jalan raya terutamanya motorsikal.

Orang ramai juga meminta agar Menteri Besar Johor, YB Datuk Onn Hafiz Ghazi ‘turun padang’ untuk memantau sendiri kualiti jalan raya di sepanjang kawasan Pasir Gudang itu, supaya setiap penduduk Johor dapat menggunakan jalan raya dengan lebih selesa dan selamat.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tidak dapat menerima hasil turapan yang dilakukan oleh JKR Johor Baharu kerana ianya jelas membahayakan.

“Fuh Highway Pasir Gudang tu mencabar gak laluannya. Pernah jumpa lubang sebesar kawah nasi kenduri”- Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga mereka seolah-olah melakukan perkara tersebut dengan ‘ala kadar’ demi terlihat sudah bertindak ke atas aduan yang dilakukan.

Antara komen warga maya:

“mohon YB Onn Hafiz check kualiti jalan kat highway pasir gudang ni”

“asal nampak buat keje.. macam tampal pakai tanah liat”


“buat malu jabatan kerajaan je kalau kerja macam ni.. tak ada standard langsung”

Perkongsian yang tular:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.