Connect with us

Viral

“Kahwin paling rare” Pengantin Bersanding Dalam Mall Cetus Perbualan Netizen

Bila mahu beralih ke fasa perkahwinan, sudah pasti sesebuah pasangan menyiapkan diri dari pelbagai segi. Kebiasaannya, kta sering lihat majlis perkahwinan akan di adakan di kawasan rumah, dewann dan juga hotel hotel.

Hal ni kerana, kta mahu memberikan keselesaan kepada tetamu yang hadir untuk memeriahkan suasana. Sebab tu, tidak haranlah jika ada yang buat majlis persandingan di Villa atau di taman.

Pun begitu, lain pula dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana pengantin ni selamba mengadakan majlis sanding di sebuah shopping mall telah mencuri tumpuan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @aleyyaaaa____, kelihatan pasangan pengantin sedang duduk di atas pelamin yang terletak di tengah-tengah shopping mall.

Tidak cukup dengan itu, kedua-dua mempelai tersebut cantik berbusana putih sama seperti pengantin yang sering kita lihat selama ini bahkan siap mempunyai pengapit yang mengipas mereka berdua.

Namun siapa sangka, rupa-rupanya itu bukanlah majlis persandingan yang betul. Namun, itu hanya model pengantin yang berada di expo perkahwinan yang dipercayai di Aeon Melaka.

“Guys yang tu model je untuk event dekat Aeon Melaka”, komen Netizen.

Video yang tular di laman Tiktok:

@aleyyaaaa____ Ade yang teringin nak macam nie ??#fyp #abcxyz #foryou ♬ original sound –

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 667.6K tontonan, 67.8K tanda suka, 1277 komen dan 2019 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan konsep event tersebut yang mengadakan majlis perkahwinan di alaman mall sehingga membuatkan netizen confused.

“Selamat menjamu selera kat foodcourt ye semua” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga sempat berseloroh mengatakan event tersebut seolah-olah majlis yang ‘reak’ kerana siap kedengaran bunyi kompang sama aseperti ‘vibe’ ketika pergi ke kenduri kahwin.

Antara komen warga maya:

“dah sejuk masih kipas”

“kahwin paling rare setakat ni”

“nak makan boleh pergi food court or restaurant yang ada”

“lain macamm”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.