Connect with us

Selebriti

Mahu Berpantang Dengan Ibu, Zahirah MacWilson & Suami Balik Australia

Pasangan pelakon Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza yang bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi, dilihat tidak sabar menanti kehadiran zuriat mereka.

Tidak lokek berkongsi aktiviti harian mereka di media sosial masing-masing, pasangan yang sangat romantis ini juga mendapat pujian para peminat mereka.

Terbaru, menerusi perkongsian di InstaStory pasangan ini pada pagi tadi, mereka telah memuat naik gambar berada di dalam pesawat dengan mengucapkan selamat jalan kepada Malaysia.

Kedua-dua pelakon ini mengucapkan selamat tinggal Malaysia dan akan kembali tahun hadapan bersama cahaya mata sulung.

Zahirah yang dijangkakan akan bersalin dua bulan lagi mungkin pulang ke kediaman ibunya di Perth, Australia bagi menyambut kelahiran bayi di sana.

Perkara ini susulan perkongsian daripada ibu kepada Zahirah iaitu Maslinda Yusoff menerusi muatnaik di laman Instagram miliknya yang mendoakan perjalanan anak serta menantunya dipermudahkan dan tidak sabar bertemu mereka dalam masa dua minggu dari sekarang iaitu selepas tempoh kuarantin diri tamat.

 

View this post on Instagram

 

I miss you now more than ever before. Come home soon 😢 💖@zahirahmacwilson #throwbackraya2019

A post shared by Maslinda Yusoff (@maslindayusoff_) on

“Di waktu2 Covid 19 sekarang ni byk betul dugaan2 yg mereka lalui utk pulang ke Perth.

“Syukur Alhamdullilah Allah telah perkenankan doa2 kami supaya segala urusan anak2 kami dipermudahkan.

“Now, they are on the way home, I am so overwhelmed and grateful to Allah . Have a safe flight kak and Aiman, we will see you after your 2 weeks quarantine. Love you guys so much.”

Rata-rata para peminat mendoakan perjalanan mereka selamat dan dapat kembali ke Malaysia bersama cahaya mata sulung mereka.

Terdahulu, Zahirah Macwilson telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya Aiman Hakim Ridza pada 20 Februari lalu dalam satu majlis di Petaling Jaya selepas lapan bulan mengikat tali pertunangan.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.