‘Festival of Fear’ yang dikenali sebagai acara terbesar yang paling menakutkan di Malaysia, ‘Nights of Fright’ telah kembali untuk edisi kelapan setelah dua tahun tidak dapat dianjurkan akibat pandemik . Ia juga bakal menyajikan lapan rumah hantu, dua zon seram, satu pawagam, tiga pertunjukan pentas dan 11 ‘ride thrill’ yang diadakan pada 30 September sehingga 31 October.
Terdahulu, program ini juga telah mengeluarkan iklan untuk menjemput orang ramai bagi uji bakat menjadi sebahagian watak hantu yang paling ditakuti.
Pun begitu, siapa sangka pelakon dan pengacara terkenal Nabila Huda atau nama sebenarnya Nur Nabila Huda Suhaimi telah menawarkan diri untuk memainkan peranan dalam festival tersebut walaupun hanya berkesempatan untuk menyertai selama sehari sahaja disebabkan hal tuntutan kerja.
Malah dia turut berkongsi beberapa video sewaktu menjalani latihan di rumah hantu tersebut di laman Instagram.
Menerusi hantaran yang dimuat naik, Nabila meluahkan rasa teruja selepas diberikan peluang untuk terlibat di dalam acara tahunan itu dan mengatakan sudah lama menyimpan hasrat sejak menjadi salah seorang pengunjung dua tahun lalu.
“Saya amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada kumpulan ini dan saya sangat teruja dapat memenuhi hajat diri sendiri. Saya pernah berada di sini dua tahun lalu sebagai penonton dan masa itulah saya rasa seronok tengok mereka yang bersungguh-sungguh dan kebanyakkan mereka sangat muda dan berbakat..” katanya.
Meskipun banyak pengalaman melakonkan watak-watak seram di depan kamera, pentas teater dan sebagainya dia menjelaskan tidak pernah lagi beraksi di tempat seperti rumah hantu.
“Abil dah ada experience depan camera, atas pentas teater, tapi yang ni, belum pernah. So kita pun tanamkan lah hasrat, satu hari nanti kite nak cuba lah…lepas tu last month, Abil nampak dorang tweet cakap nak buat audition, she pun dengan taktau malunya, reply tweet tu..” ujarnya.
Tambahnya lagi, Nabila mengakui ingin merasakan kerja seperti orang biasa supaya dapat menimba ilmu baru tetapi untuk dirinya perkara sebegini tiada yang mustahil.
“Then dari situ, saya terus volunteer myself untuk kerja dan dalam masa yang sama, Abi just nak experience, nak kerja macam orang biasa. Nak tengok cara dorang training dan semualah. At the same time, saya pun dapat ilmu baru…”
“Dorang tak offer Abil tapi abil yang offer diri sendiri. Boleh eh gitu? When it comes to Nabila Huda, nothing impossible..” luahnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut teruja untuk menghadiri festival tersebut apabila mengetahui Nabila Huda akan menjadi salah seorang daripada watak hantu. Bukan itu sahaja, ada yang memuji aksi pelakon ini yang sememangnyaTa boleh membawakan pelbagai watak.
Antara komen warganet:
“you are inspirational..always learn & grow..keep being yourself, Abil it’s the best thing about you..”
“pergh best rumah hantu ni! kalau kak abil jadi hantu! hahahha..”
“definitely i will look for you sister…esok kita jumpa kak abil and ur hantu family..”
“nampak macam best tapi iolss kalau masuk rumah hantu auto freeze..”
Perkongsian yang tular di laman Instagram: