Sukan bola sepak adalah satu sukan yang sangat trending di serata dunia bahkan kita yang duduk melihatnya tidak kiralah di depan kaca tv, di stadium, mahupun padang pasti dapat merasakan semangat yang sama.
Di Malaysia, ramai dikalangan kaum adam akan bermain bola sepak pada waktu petang namun bagi yang bekerja dan kekangan masa pada waktu petang, mereka akan ‘set masa’ untuk bermain bola sepak atau futsal pada belah malam.
Jadi tidak hairanlah kalau ada ‘court’ futsal di sesetengah tempat fully booked pada waktu malam.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang konsultan pemasaran yang bekerja secara remote di tengah-tengah bandar ibu kota ketika terkejut dengan suasana KL pada waktu malam.
Menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman TikTok @anna_sullivan10, dia tidak menyangka apabila melihat ada orang bermain bola sepak pada awal pagi.
“Saya terdengar bunyi wisel dan untuk pengetahuan anda sekarang sudah pukul 1.30 pagi. Saya baru sedar masih ada orang sedang bermain bola sepak.”
“Mungkin sebab pada waktu pagi suhu di Malaysia mencecah lebih 90 fahrenheit (32 darjah celcius), jadi sebab itulah mereka bermain pada waktu malam, lebih sejuk,” kata Anna.
Oleh kerana Anna tidak tidur pada lewat malam kerana bekerja pada waktu-waktu sebegitu dan dia ‘mengesahkan’ tiada lagi orang bermain bola sepak pada pukul 3 pagi.
“Sekarang sudah pukul 3 pagi dan nampaknya sudah tiada lagi orang bermain soccer. Mungkin inilah masa untuk mereka tidur.
“Maaf bukan soccer, tetapi football,” jelas Anna.
Dia membetulkan ayatnya kerana ramai netizen memberitahunya di Malaysia permainan bola sepak tidak dipanggil sebagai soccer, sebaliknya lebih dikenali football.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui Kuala Lumpur adalah bandar yang tidak pernah tidur dan sentiasa sibuk.
“Selalunya kami juga akan berjumpa dengan rakan-rakan pada pukul 3 pagi untuk minum teh tarik dan makan roti canai”- Netizen
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang memaklumkan bermain bola pada waktu malam adalah perkara biasa malah selain bersukan, rakyat Malaysia juga akan keluar mencari makanan.
Antara komen warga maya:
“City that never sleep”
“In Malaysia we dont tolerate time, time tolerate us”
“It’s normal in Malaysia.. u should go see the futsal court”
“Then you realise that Malaysian still eat rice/maggie at 3 am”
Video yang tular di laman TikTok: