Personaliti TV popular Ally Iskandar Mohd Mardzi hari ini dikhabarkan telah bernikah kali kedua dengan seorang gadis yang berasal dari Temerloh, Pahang.
Pengacara Malaysia Hari Ini itu telah lama menduda selepas berpisah dengan bekas isterinya.
Tergambar riak kegembiraan pada raut wajah pengacara kegemaran ramai itu seusai habis majlis pernikahannya dan telah sah menjadi suami buat kali kedua.
Ally Iskandar dan Farah Lee telah dikurniakan seorang cahaya mata bernama Mareeam hasil perkahwinan pertama mereka.
Ally Iskandar memuat naik satu perkongsian di laman sosial Instagram beliau berbau kata-kata pujangga yang berlatarkan sekeping gambar hitam putih.
Namun pengacara kegemaran ramai itu tiada membuat sebarang perkongsian mengenai pernikahannya pada hari ini.
Telah tular beberapa keping gambar pernikahan dan beliau dan isteri telah mengenakan persalinan lengkap berwarna putih itu.
Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Ally Iskandar
Selain itu, pihak kami juga mendoakan bekas isteri Ally Iskandar iaitu Farah Lee supaya cepat bertemu jodoh.
Farah Lee turut memuat naik satu perkongsian dilaman sosial Instagram beliau. Menerusi perkongsian itu, ramai netizen mendoakan supaya Farah Lee cepat dipertemukan jodoh.
Selamat pengantin baru dan tahniah buat Ally Iskandar dan isteri tercinta. Semoga Farah Lee terus berbahagia dan cepat bertemu jodoh.
Pingback: "First time Maream jumpa Ibu" Ally dan Isteri Hantar Farah Lee dan Anak di Lapangan Terbang | YOY Network