Sudah menjadi kebiasaan pada zaman kini pasangan ibu bapa bekerja demi menjamin masa depan keluarga mereka. Ekoran itu, ada anak-anak yang dihantar ke pengasuh, atau keluarga terdekat untuk menjaga anak-anak sewaktu ketiadaan mereka.
Begitu juga dengan isu yang baru-baru ini tular, seorang lelaki telah ‘memerli’ ibu mentuanya kerana meminta sedikit upah untuk menjaga anaknya itu.
Menerusi hantaran yang telah dibuat oleh individu, memaparkan individu tersebut menyindir ibu mertuanya hanya disebabkan meminta sejumlah wang saku RM 100 untuk menjaga cucunya itu.
“Mertua aku ni, sejak dia tahu aku naik pangkat jadi supervisor. Semua nak caj. Kau tengoklah jaga cucu sendiri pun seboleh-boleh nak caj juga RM 100. Huhuhu. Aku perhati je sejak hari itu dia suruh beli Prego. Ingatkan mudahkan dia tak kena bayar. Last-last kena juga. Tambah lagi komitmen aku,” luah individu tersebut dalam kapsyen.
Berdasarkan ‘screenshot’ perbualan antara individu tersebut dengan ibu mertuanya, ibu mertuanya meminta upah menjaga anak individu berkenaan walaupun berasa segan.
Namun begitu, individu tersebut dengan selamba memerli ibunya.
“Amboo mak, dengan cucu pun berkira ke. Haritu mak suruh beli Prego. Duit habis, ingatkan takyah upah.
“Dapat gaji lah munir bagi,” balas dia.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyela tindakan individu tersebut kerana seperti tidak masuk akal dia memerli ibu mertuanya yang hanya meminta sedikit upah selepas menjaga anaknya itu.
Antara komen netizen:
“Bagi je la rm100 je pun.. ingat orang tua nak jaga budak senang ka….”
“MAK BUKAN ORANG GAJI kamu. Anggaplah upah yg dia minta tu utk kegembiraan/kesenangan hati dia setelah bersusah payah mnjaga cucunya. Ko ingat nnt dia perabih duit tu ke dia saja ke. ko bagi duit lebih, duit yg ko bagi tu jgk nnt dia buat modal beli mainan/aiskrim/etc kt ank ko.”
“Cer htr ke pusat asuhan, mau 400-500 sebulan kena bayar. Mujur mertua minta 100 jer, ingat senang ke jaga budak kecik. Menantu tak sedar diri”
Hantaran yang tular: