Pelakon cantik manis, Mira Filzah dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.
Mira Filzah dikatakan sudah dirisik dan bakal bertunang pada tahun ini.
Malah, identiti bakal tunang Mira Filzah ini juga seakan sudah dihidu apabila muncul buat kali pertama di hadapan khalayak ramai iaitu di majlis resepsi Farah Nabilah malam tadi.
Lelaki yang dikenali sebagai Wan Emir Astar ini merupakan seorang artikek dan memiliki firma seni bina.
Emir juga merupakan seorang anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar iaitu YB Datin Mastura Mohd Yazid.
Ayahnya adalah Allahyarham Datuk Wan Mohamad Khair-il Wan Ahmad merupakan bekas Ahli Parlimen yang sama.
Difahamkan juga Emir merupakan kawan lama kepada Mira Filzah sewaktu zaman belajar dahulu.
Hubungan persahabatan mereka berdua dikatakan ‘tertangguh’ selepas Wan Emir melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Namun begitu, Mira Filzah dilihat tetap dengan pendiriannya untuk tidak memberi sebarang respon lanjut terhadap status hubungan ini kerana dianggap telalu peribadi.
Bahkan, tindakannya ini adalah untuk menjaga hati kedua-dua belah pihak keluarga.
“Saya sedar, selagi perkara ini disimpan, semakin banyak spekulasi yang akan timbul. Namun, saya tidak akan berganjak daripada pendirian untuk tidak mendedahkan identiti jejaka itu selagi belum ada kepastian.”
Mira hanya mahu menghormati permintaan kedua-dua keluarga.
“Saya perlu hormat permintaan kedua-dua keluarga. Siapa yang tahu, tahulah. Sekiranya ada yang nampak kami di tempat umum, terpulang untuk mereka membuat andaian.”
Namun Mira menegaskan tiada pa yang dia sembunyikan.
“Tiada apa yang saya sembunyikan, apatah lagi membiarkan perkara ini menjadi teka-teki. Saya hanya menghormati permintaan keluarga.”
Rata-rata para peminat Mira Filzah gembira dengan berita ini dan mendoakan hubungannya bersama lelaki tersebut ke jinjang pelamin.