Connect with us

Viral

Makan Masa ‘Lunch Break’, Pemuda Terkejut Tengok Harga 2 Pinggan Nasi Lauk Cecah RM71!

Kos hidup yang semakin tinggi yang kian terasa kini sememangnya buat ramai ‘pening kepala’. Manakan tidak, dahulu jika bawa RM50 ke pasar, penuh satu troli barangan dapur.
Iospital phone repair gombak
Tapi kini, kalau bawa RM50, mungkin 1 atau 2 barang dapur sahaja yang boleh diperolehi. Hal ini juga membuatkan ramai peniaga makanan perlu mengeluarkan modal yang lebih untuk berniaga membuatkan harga jualan juga perlu dinaikkan.

Namun ini tidak bermakna peniaga boleh menganiaya pembeli dengan meletakkan harga makanan yang sangat tinggi dan tidak masuk akal.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang individu dikenakan harga makanan yang tinggi semasa lunch break mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian yang tular, difahamkan individu tersebut pergi ke sebuah restoran di Desa Pandan, Kuala Lumpur (KL) bersama rakannya untuk makan tengahari.


Namun apa yang membuatkannya terkejut adalah apabila harga makanan mereka mencecah RM71. Lauk yang diambil antaranya ialah ikan, petai, sedikit kuah, daging dan sotong. Sotong kecil tersebut dicas sebanyak RM2 seekor walaupun saiznya kecil.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terkedu melihat harga yang dikira oleh peniaga tersebut malah ada juga netizen yang tampil berkongsi pengalaman yang sama.

“Kalau deretan gerai di Desa Pandan tu, hanya gerai nasi campur di hujung-hujung sebelah kiri sahaja yang murah murah. Yang gerai lain tu, abaikan aje.” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga akui kedai makan dikawasan sekitar itu smemangnya ‘cekik darah’ sekaligus memberikan ‘tips’ jika ingin makan di kawasan tersebut.

Antara komen warga maya:

Perkongsian yang tular:

Continue Reading
Advertisement