Connect with us

Viral

Makan Pakai Glove, Lelaki Ini Buat Ramai Netizen Boleh ‘Relate’ Gara-Gara Eczema

Tidak dinafikan, makan menggunakan tangan bukan sahaja mengikut sunnah nabi malah ianya mempunyai ‘feel’ yang sangat luar biasa dan lain dari pada yang lain. Bak kata orang, tak puas kalau tak makan menggunakan tangan,

Pun begitu, bagaimana pula dengan orang yang mempunyai eczema? Eczema ini adalah satu penyakit kulit yang menyebabkan keradangan dan kegatalan kulit. Kalau ada pada tapak tangan, memang tak selesa lah jawabnya nak makan.

Hal ini kerana, ianya boleh menjadi kulit kuering dan menggelupas sehingga ada yang boleh menyebabkan luka. Bila nak makan terutamanya benda yang pedas, memang pedih.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana wanita ini berkongsi sebuah video dimana memaparkan abangnya yang gigih menggunakan sarung tangan ketika makan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @alicekayrollll, kelihatan mereka sedang berada di meja makan bersama ahli keluarga yang lain.

Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila abangnya terpaksa menggunakan sarung tangan ketika menjamu selera.

“Abang kau makan nasi pakai glove tak? takde? lemah” katanya wanita ini di ruangan kapsyen

Video yang tular di laman TikTok:

@alicekayrollll Abang kau makan nasi pakai glove tak?takde?lemah🤌🏻🤣 #ramadan #puasa ♬ gadismaterial – arrisa

Ketika artikel ini ditulis, vidoe tersebut telah meraih 323.5K tontonan 25.5K tanda suka, 446 komen dan 187 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen yang juga mempunyai eczema akui boleh ‘relate’ dengan situasi tersebut kerana difahamkan ianya akan berasa sakit jika makanan tersebut pedas kerana luka yang ada di tapak tangan.

“geng² eczema ke ni. mari la join the club”- Netizen

Dalam masa yang sama, mereka juga berseloroh dengan mengatakan dah jumpa ‘geng’ dan mengajak lelaki ini ‘join club’.

Antara komen warga maya:

“can relate, sakit kot makan especially benda pedas”

“eczema person only can relate makan pakai glove”

“saya makan macam ni sebab tangan eczema.. pedih wei kena lauk pauk”


“pedih mat kalau makan tak pakai glove, tambah2 makanan yang bertumis dan pedas”

“found my people.. genggg”

“Tak puas nok pakai suduu”

“kadang eczema, kadang malas nak basuh tangan”

Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.