Connect with us

Semasa

Makcik ‘Gelang Pink’ Disahkan Sedang Dalam Rawatan Covid-19 di Hospital Ipoh

Beberapa hari lepas, tular foto seorang wanita sedang bersarapan di sebuah restoran dengan memakai gelang pink (wristband) menandakan bahawa individu tersebut wajib dikuarantin.

Wanita bergelang pink makan di restoran Meru Raya

Kejadian berlaku di sebuah restoran di Meru Raya dan wanita bergelang pink itu merupakan pesakit di bawah pengawasan (PUS) wabak koronavirus (Covid-19).

Difahamkan, wanita tersebut kini sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Wanita tersebut diperintah menjalani kuarantin

Memetik laporan Sinar Harian, wanita berusia 72 tahun itu diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 4 Julai lalu.

“Saringan pertama yang dijalankan mendapati wanita tersebut negatif, namun dipakaikan gelang tersebut serta diperintahkan menjalani kuarantin”.

Wanita berkenaan disahkan positif 

“Kejadian itu pula berlaku di sebuah kafe pada 6 Julai lalu bersama keluarganya setelah tiba dari Selangor untuk sarapan sebelum menjalani kuarantin di rumahnya sedangkan gambar itu baharu sahaja tular kelmarin,” katanya.

Menurutnya, saringan kedua selepas 13 hari menjalani kuarantin mendapati wanita tersebut positif dan telah dimasukkan ke hospital sejak 17 Julai lalu.

Wanita itu sedang menjalani rawatan di Hospital

“Wanita itu kini masih dalam rawatan Covid-19 di hospital terbabit bersama anak lelakinya setelah ujian kali kedua didapati positif”.

“Berdasarkan penjelasan daripada pihak kesihatan, volume (kandungan) virus adalah kurang dan risiko menjangkiti juga kurang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan perkara itu setelah siasatan dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kerajaan memandang serius isu pelanggaran SOP

Selain itu, Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, kerajaan negeri memandang serius isu berkaitan pelanggaran SOP oleh wanita berkenaan.

Malah, beliau turut menasihatkan orang awam agar sentiasa mematuhi SOP memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih berjalan dan kes Covid-19 juga masih bertambah di negara ini.

Semoga kita sama-sama mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan memberikan kerjasama penuh dalam menyekat penularan Covid-19.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.