Connect with us

Viral

Makcik Gerai Berkira Walau Hanya Berbaki Sekeping Kuih, Uncle Kentang Terus Tak Jadi Sedekah

Bersedekah bukan sahaja amat digalakkan kepada golongan yang kurang mampu, namun tidak ada salahnya ia dilakukan untuk tujuan lain.

Antaranya jika kita mahu mengelakkan pembaziran, sebagai tanda mengucapkan terima kasih, mengeratkan hubungan silaturrahim dan sebagainya.

Ada juga peniaga terlalu menitikberatkan keuntungan

Pada pandangan mereka yang berniaga makanan, ada masanya terdapat lebihan hasil jualan, justeru tidak salah jika sekali sekala bersedekah kepada pelanggan mereka.

Walaubagaimanapun, ada juga peniaga yang terlalu menitikberatkan keuntungan ataupun bersikap terlalu berkira sebagaimana perkongsian aktivis kebajikan, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang.

Menerusi satu coretan di Facebook, Uncle Kentang bercerita mengenai pengalamannya membeli sarapan di sebuah gerai.

Sekeping kuih patut sedekahlah kat saya, tak payahlah lokek

“Saya pi beli kuih. Saya minta dua kuih. Dalam bekas kuih ada sekeping kuih hanya tinggal. Makcik pun dah berkemas untuk tutup gerai. Makcik ini tak pandai niaga”.

“Yang sekeping kuih itu patut sedekahlah kat saya, tak payahlah lokek. Kalau makcik automatik sedekah sekeping kuih yang tertinggal tu pada saya, pasti sah saya akan beri duit lebih kepada beliau sebagai sedekah saya pada makcik kuih,” tulisnya pada perkongsian tersebut.

Kerugian makcik tak dapat tambat hati saya

“Kerana makcik berkira sangat, maka saya pun tak minat nak sedekah kepada makcik duit lebih”.

“Kerugian makcik, tak dapat tambat hati saya. Saya tak akan pilih gerai makcik pada masa depan kerana hati dia lokek, tak pandai berniaga,” ujarnya.

Selain itu, Uncle Kentang turut membuat satu contoh perbandingan sebagai renungan bersama mengenai kelebihan bersedekah.

Untuk laris berniaga adalah bersedekah

“Tanya diri sendiri mengapa Makcik Kiah jual nasi lemak dua jam sudah beres. Mengapa kita jual nasi lemak dari pagi hingga pukul 12 tengah hari masih ada separuh tong?”.

“Punca untuk laris berniaga adalah bersedekah, ingat tu,” katanya lagi.

Perkongsian tersebut dihujani dengan pelbagai komen netizen yang memuji Uncle Kentang kerana lebih arif mengenai kelebihan sedekah sungguhpun berbangsa Cina.

Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat dan pengajaran kepada kita semua.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.