Kewujudan makhluk halus di sekeliling kita tidk boleh disangkalkan kerana ‘mereka’ ini juga merupakan ciptaan Allah jadi kita harus percaya akan keberadaan mereka.
Ada yang percaya makhluk halus ini juga berupaya menjelma dalam satu bentuk yang sangat menyeramkan namun terkadang dia hanya memberikan ‘hint’ untuk memberitahu bahawa mereka ada disekeliling kita.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki ‘diagnggu’ ketika berada di hospital mencuri perhatian ramai.
Menerusi video ynag dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter iaitu @drsyasyafickry, dia memaklumkan bahawa suaminya dimasukkan ke wad KPJ keracunan makanan.
Pun begitu, suaminya sering mengadu tentang langsir dalam bilik wad tersebut yang selalu bergerak dengan sendiri namun si isteri hanya mengendahkan perkara tersebut kerana menyangka ianya hanya angin.
Bagaimana pun, suaminya nekad untuk mengambil sebah video membuktikan perkara tersebut dan si isteri terkejut melihat langsir tersebut yang seolah-olah ada seserang sedang bermain dengan langsir itu.
Dapat kita lihat di dalam vidoe itu, kelihatan langsir sedang bergerak, mungkin sekali pandang macam angin tiup, namun ketika saat yang ke 5, dilihat langsir itu seolah-olah ia dipegang dan ia seperti seseorang ingin menariknya, tapi tiada sebarang kelibat manusia disitu.
Berdasarkan sebuah keterangan wanita ini di Twitter, dia menjelaskan bahawa tempat itu terutamanya bilik wad suaminya memang ada ‘benda’. Tambahnya lagi, bilik itu memang ada banyak ‘cerita’.
Video yang tular di laman Twitter:
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen cuba untuk bersangka baik dan menganggap ianya hanyalah angin semata-mata bahkan ada juga dikalangan para netizen berkongsi pengalaman ketika berada di hospital yang lebih kurang sama dengan situasi ini.
Berikut merupakan reaksi netizen: