Majlis pernikahan merupakan perkara yang indah dan membawa memori yang manis di mana sebuah pasangan disatukan menjadi suami isteri.
Memori indah sememangnya tidak ada tarikh luput, sudah tentu setiap pasangan pengantin menginginkan sesuatu yang ‘perfect’ pada hari ijab dan kabul mereka seperti pelamin yang indah, baju yang cantik dan juga makeup yang on point.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana makeup seorang pengantin ini dilihat luntur mencuri perhatian ramai.
Menerusi vidoe yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @nuyinsowhut, difahamkan jurusolek yang diupah mengambil masa selama tiga jam namun hasilnya begitu mengecewakan dan solekan tersebut dikatakan ‘luntur’ selepas 10 minit.
Dapat kita lihat makeup tersebut ketara luntur di bahagian mata dan juga dahi pengantin etrsebut dan membuatkannya hilang keyakinan diri memandangkan ingin bertemu ramai tetamu, bakal suami dan ahli keluarga.
“Make up tiga jam, tak sampai 10 minit dah luntur macam ini.”
Menerusi ruangan balas, pengantin dari Tanjung Malim, Perak mendakwa dia sudah pun menjelaskan keadaan kulitnya yang cepat kering dan berpeluh serta sama sekali tidak melakukan sebarang rawatan muka tiga bulan sebelum majlisnya berlangsung.
“Nak pergi masjid untuk akad nikah rasa sedih dan tak yakin. Murung di hari bahagia.”
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 76.8K tontonan, 1786 tanda suka, 264 komen dan 35 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen pelik mengapa terlalu cepat makeup tersebut luntur dan dalam masa yang sama memberikan pendapat masing-masing mengenai isu tersebut.
Berikut merupakan komen warga maya:
“stop facial 3 bulan before majlis dah.. dah bagitahu mua kulit jenis kering dan cepat berpeluh”
“waktu bertunang lagi okay makeupnya dik”
“makin topup makin hilaang”
“awak basuh je makeup tu.. pastu p je masjid pakai lipstick sikit.. langsung takde perubahan lepas makeup..”
“MUA request makeup dulu baru pakai tudung”