Connect with us

Selebriti

“Malam MLM 2019, Abam peluk saya lama2 kuat2, dia kata..” Ali Puteh

Pemergian Abam nampaknya memberi kesan yang sangat mendalam kepada adiknya, Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan.

Ali tidak dapat menahan sebak ketika mengimbas kembali kenangan bersama arwah abangnya, Allahyarham Abam.

Ali memberitahu pada tahun 2010 keluarganya masih makan nasi dengan garam ekoran kehilangan ayahnya pada tahun 2009.

“Tahun 2010 keluarga kami masih makan nasi dengan garam.  Kehidupan kami susah selepas bapa kami meninggal pada 2009.”

“Saya ada cakap pada dia, nanti kita kerja cari rezeki untuk keluarga kita. Tapi Abam memang seorang yang hebat.”

Menurut Ali, Allahyarham Abam yang mengubah kehidupan mereka sekeluarga sedikit demi sedikit.

“Dialah yang ubah kehidupan kami sedikit demi sedikit dengan kejayaan dan pencapaian yang dia dapat.

“Dia ada pesan, kita jangan memilih dan berkira dengan kerja asalkan kita dapat bantu emak dan keluarga,” katanya.

Namun kata Ali, kenangan pada malam final Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 yang lalu akan tersemat di hati buat selamanya.

“Selepas kumpulan Puteh diumumkan sebagai juara, Abam orang pertama yang datang dan peluk saya lama-lama, kuat-kuat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @syedaliputeh 163K ACC HACKED (@aliputeh89) on

“Kau adik aku yang hebat…Kau handal sebab dapat kalahkan abang kau!

“Lepas tu saya cakap pada dia aku menang untuk kita bang, bukan untuk orang lain. Tapi saya tak sangka itulah kali terakhir saya dan dia di pentas bersama,” katanya sebak.

Allahyarham Abam meninggalkan seorang balu, Siti Nur Hidayah Mohd Ali, 28 dan anak lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 8 bulan.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak pada pagi Isnin, sebelum jenazahnya dihantar ke Hospital Selayang bagi proses bedah siasat.

Jenazah Allahyarham kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak pada lewat petang semalam.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.