Seorang ibu buntu memikirkan nasib anaknya yang sudah lima hari ghaib tanpa khabar selepas membuat penghantaran (COD) telefon pintar jeis i-Phone kepada pelanggannya.
Anna Rohana menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknyanya berharap agar anak sulungnya, Muhammad Amirul Shafiq, 25, pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat.
Anna berkata, pencarian Muhammad Amirul atau lebih mesra dipanggil Abang Yu itu masih giat dijalankan oleh seluruh ahli keluarga.
“Mama tunggu Abang Yu balik sayang…Mama tau abang Yu kuat. bertahan sikit saja lagi. Saudara-saudara kita sedang mencari Abang Yu.
“Setiap minit dan jam mama sentiasa mendoakan keselamatan abang Yu. Semoga Allah sentiasa melindungi abang Yu.
“Sabar ya sayang, keperitan yang sedang abang Yu tempuhi adalah keperitan mama juga. Sakit abang Yu sakit mama juga.
“Kerana kau adalah darah dagingku, kau sebahagiaan dari diriku…Ya Allah lindungilah anakku, kembalikanlah dia kepangkuan ku dengan selamat,” tulisnya.
Sementara itu bapa Muhammad Amirul berkata, usaha menjejaki anaknya sejak dilaporkan hilang di Sungai Besi pada Sabtu lalu, menemui jalan buntu.
Sudirman Daek, 50, berkata kali terakhir Muhammad Amirul yang juga peniaga telefon bimbit membuat penghantaran tiga unit telefon pintar Apple iPhone 12 berharga lebih 17,000 kepada seorang pembeli di sebuah premis perniagaan di Sungai Besi, pada 7.30 malam.
Berikutan kehilangan anaknya itu, Sudirman berkata, dia sudah membuat laporan polis pada awal pagi Ahad lalu selepas pelbagai usaha mencari Muhammaad Amirul tidak berhasil.
Dalam pada itu, adik kepada Muhammad Amirul iaitu Amira turut meluahkan perasaannya selepas usaha mencari abangnya sejak lima hari lalu menemui jalan buntu.
Amira di laman sosial Instagramnya berkata, abangnya itu berkelakuan pelik beberapa hari sebelum kehilangannya.
“2 hari before kau hilang , kau pelik sangat sebab tiba2 je kau nak belanja kiteorang makan sbb kau busy xde masa.
“Tapi tiba2 kau belanja makan, kau bungkuskan makanan favourite mama mee celup. And then esoknya kau bagi duit untuk belikan mama mcdonals . Ya allah yu kau mcm tahu2 je benda ni nak jadi.”
Terdahulu, ayah kepada Amirul iaitu Sudirman Daek, 50, mengetahui kehilangan anak sulung daripada empat beradik itu selepas diberitahu oleh rakan anaknya itu pada 11 malam hari berkenaan.
Menurutnya, kali terakhir Muhammad Amirul yang juga peniaga telefon bimbit membuat penghantaran tiga unit telefon pintar Apple iPhone 12 berharga lebih RM17,000 kepada seorang pembeli di sebuah premis perniagaan di Sungai Besi, pada 7.30 malam.
“Selepas itu, anak saya gagal dihubungi oleh rakan kongsinya iaitu Muhd Yusof Sakir Ahmad. Rakannya itu cuba menghubungi Amirul beberapa kali, namun tidak berhasil lalu memaklumkan kehilangan Amirul kepada saya.
“Saya segera berjumpa Yusof dan kami cuba mencarinya di lokasi terakhir. Kami terkejut apabila menemui motosikalnya ditinggalkan tidak berkunci di sebuah kedai makan di kawasan terbabit.
“Saya mengesyaki Amirul dilarikan individu lain kerana dia tidak pernah meninggalkan motosikal kesayangannya itu tidak berkunci, malah ke mana saja dia pergi, pasti akan beritahu saya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Berikutan kehilangan anaknya itu, Sudirman berkata, dia sudah membuat laporan polis pada awal pagi Ahad lalu selepas pelbagai usaha mencari Amirul tidak berhasil.
Menurutnya, apa yang dibimbangi adalah keselamatan anaknya itu dan berharap Amirul akan ditemui dengan segera.
Yusof, 23, yang juga rakan baik Amirul berkata, dia pelik apabila Amirul gagal dihubungi selepas membuat penghantaran telefon kepada pelanggan mereka.
“Kebiasaannya kami membuat penghantaran bersama tapi pada hari kejadian, kami terpaksa berpecah kerana saya perlu membuat penghantaran di tempat lain.
“Sepanjang masa kami berhubung melalui WhatsApp dan mesej terakhir dia beritahu berada di kedai makan menunggu pembeli keluarkan duit nak buat bayaran secara tunai. Kemudiannya WhatsApp saya tidak berbalas lagi dan saya cuba menghubunginya tapi gagal.
“Saya ada hubungi pembeli terbabit tapi lelaki itu mendakwa tidak berjumpa Amirul. Apa yang peliknya, dia menyekat panggilan saya dan tidak meminta saya pulangkan deposit RM100 yang dibayar sebelum ini,” katanya yang turut membuat laporan polis pada hari kejadian.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kes masih dalam siasatan.