Connect with us

Viral

MAMASAB Mohon Maaf & Bertaubat Isu Sebut Tuhan Sebagai ‘Makhluk Halus’

Siapa tidak kenal dengan pengasas Mamasab iaitu Siti Sabrina BInti Sabri yang mengusahakan bisnes kek dan manisan yang kini mempunyai lebih 50 jenis produk untuk setiap peminat ‘dessert’.

Bagaimana pun, usahawan yang juga menjalankan perniagaan menggunakan sistem ejen ini menjadi bualan ramai apabila baru-baru ini dia mengeluarkan kenyataan “Allah makhluk halus”.

Difahamkan, MamaSab menyatakan perkara itu dalam satu panggilan zoom yang mendakwa tuhan tidak dapat dilihat dan halus dan ia sama seperti makhluk halus yang tidak dapat dilihat tapi hanya dapat dirasai.

Ekoran daripada vdeo tersebut, warganet mula mempersoalkan maksud yang hendak disampaikan oleh MamaSab ini kerana ianya boleh membuatkan orang yang mendengar menjadi salah faham.

Hal ini kerana, kita sebagai umat Islam yang percaya akan kewujudan Allah tidak boleh sama sekali menyamakanNya dengan makluk atau benda hidup lain yang kita ketahui.

Menyedari kesilapan yang telah dilakukan, dia mengambil jalan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka melalui akaun Facebook miliknya Sabrina Norin.

Dia turut menyifatkan bahawa manusia tidak lari dari membuat kesalahan dan mengakuit perkataan yang digunakannya untuk menunjukkan kekuasaan Allah itu kurang sesuai.

“Setiap manusia tak lepas buat salah.. Kadang2 ada perkataan yg kita guna untuk explain satu kekuasaan yg sangat luar biasa menjadi ayat yang salah dan tak sepatutnya di gunakan..minta maaf atas kesilapan penggunaan nama makhluk” katanya


“Mama amik penyalahgunaan perkataan untuk terangkan sesuatu yg tak nampak sebagai khilaf Mama untuk orang yg baru nak belajar mengenalpasti kekuasaan yang luar biasa” tambah MamaSab

“Terima kasih untuk yang amik berat untuk mengelakkan salah faham dalam beragama..Alhamdulillah..atas teguran.. Mama selalu cakap dengan anak2 Mama..Bila ada orang menegur itu bukan bermaksud dia benci..tapi dia sayang.. Sebab dia tak nak kita buat salah lagi”

“Alhamdulillah.. Syukur..terima kasih amik berat.. Sangat luar biasa ukhwah rakyat Malaysia..saling ingat mengingati supaya semua ke arah kebaikan dan capai matlamat kehidupan yang di tuntut” ujarnya lagi

Video yang tular di laman TikTok:

@hashim_kawsin♬ original sound – Hashim Kawsin

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 962.0K tontonan, 69.0K tanda suka, 7904 komen dan 14.5K perkongsian di TikTok.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.