Connect with us

Viral

“Mana orang dapat ni, Daddy hantar kat Tiktok eh?” Hairan Wajah Ibu Penuh Di Media Sosial, Uwais Sangka Ayahnya Yang Hantar

Dengan pemergian isteri tercinta Shuib terpaksa menghadapi ujian terbesar dalam hidupnya iaitu cara untuk menjelaskan kepada 3 orang anaknya tentang ketiadaan ibu mereka buat selamanya.

Menerusi sesi Live di Instagramnya semalam, lebih 500 ribu orang telah menyertai live itu untuk mendengar penjelasan Shuib tentang arwah isterinya.

Shuib mengakui sepanjang perjalannya pulang ke rumah selepas selesai urusan pengebumian isterinya, dia tidak boleh berhenti memikirkan bagaimanakah cara terbaik untuk dia menerangkan anak-anaknya tentang keadaan itu.

Walaupun perit untuk dihadam, namun Shuib tetap menguatkan semangat untuk menceritakan kebenaran tentang arwah isterinya yang telah meninggal dunia.

Shuib menjelaskan lagi, usai mandi dia telah mengumpulkan anak-anaknya iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin dan menjelaskan tentang perkara tersebut.

Katanya kepada anak-anak, jika sebelum ini 4 beranak itu melakukan solat hajat agar ibu mereka pulang ke rumah, kini tidak akan ada lagi solat hajat untuk ibu mereka.

Walaupun pada awalnya anak-anak tidak dapat menerima khabar itu dan menangis teresak-esak namun dengan berkat kesabaran dan kelembutan seorang ayah, Shuib bersyukur akhirnya anak-anaknya memahami perkara itu dengan tenang.

Terbaharu, Shuib telah berkongsi telatah anak-anaknya selepas menunaikan solat maghrib bersama. Keaadan menjadi sayu apabila anak-anak bertanya tentang arwah ibu mereka.

Paling memilukan apabila anaknya Uwais Alqarni menunjukkan video dan gambar arwah ibunya yang telah penuh tersebar di media sosial dengan riak wajah yang pelik.

“Mana orang dapat video ni, Daddy hantar kat Tiktok eh?”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by _utluvdrama_75 (@_utluvdrama_75)

Sesungguhnya anak yang masih kecil dan tidak tahu apa-apa itu bersikap polos dihadapan seorang ayah, namun Shuib sangat cekal dan kuat menjawab setiap persoalan anak-anak.

Terdahulu, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhirnya tepat pukul 5.13 pagi semalam di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Kahabar duka itu disampaikan pihak pengurusan penyanyi bersuara emas itu, Indigital Music.

“Dengan berat hati dan berdukacita, kami ingin memaklumkan bahawasanya Siti Sarah Raissuddin telah meninggal dunia pukul 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan kepadanya sejak dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu.

“Sebarang maklumat lanjut akan disalurkan dari semasa ke semasa. Al-Fatihah,” kata kenyataan itu.

Siti Sarah yang juga isteri kepada pelawak, Shuib meninggal dunia selepas beberapa hari  bertarung nyawa selepas ‘ditidurkan’ kerana jangkita yang semakin serius pada paru-paru.

Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan bayi yang baru dilahirkan Ayash Affan.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa anak-anak Shuib tersebut.

Semoga mereka sekeluarga tabah dengan segala ujian ini serta diberi kebahagiaan berpanjangan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.