Connect with us

Viral

Disambar Buaya Semasa Leka Mandi, Jasad Kanak-kanak Ditemui Dalam Keadaan Sempurna

Malang tidak berbau, itulah ungkapan yang sesuai menggambarkan situasi di mana seorang kanak-kanak berusia lapan tahun, telah ‘disambar’ oleh seeokor buaya.

Insiden itu berlaku di Sungai Tempakul Kampung Muara Bengalon, Indonesia pada Rabu yang lalu.

Malah, bukan itu sahaja, video dan foto di mana buaya itu ditangkap dan perutnya ‘dibelah’ turut tular dan dikongsi oleh pengguna media sosial.

Menerusi laporan Tribun News, jasad kanak-kanak itu berjaya dijumpai setelah buaya tersebut ditangkap pada Khamis lalu, oleh pasukan penyelamat Kutai Timur dibantu pawang buaya.

Menurut Ketua Pasukan Penyelamat Kutai Timur, Bongga Losong, ketika kejadian mangsa bersama abang dan bapanya pergi memancing di Sungai Tempakul.

“Namun ketika kejadian itu, mangsa sedang mandi, secara tiba-tiba buaya segera menyambar kanak-kanak terbabit.

“Bapa mangsa cuba menyelamatkan anaknya itu namun sukar kerana buaya berkenaan membawa mangsa tenggelam ke dalam air.”

Bagaimanapun, reptilia itu berjaya ditemui kurang 100 meter dari lokasi kejadian.

Difahamkan, jasad kanak-kanak itu dijumpai dalam keadaan yang masih sempurna ketika proses membelah perut buaya itu dibuat.

“Jasad kanak-kanak itu masih sempurna dan telah selamat dikebumikan. Selepas buaya ditemui, kami belah (perut) dan mengambil anaknya (mangsa), bawa ke rumah mayat. Buaya itu kita kuburkan.”

Walau bagaimanapun, buaya tersebut telah ditikkam dengan menggunakan tombak sehingga menyebabkan reptilia itu mati serta merta sebelum ditanam oleh penduduk setempat.

Terdahulu, buaya itu dikesan 100 meter dari lokasi kejadian dan ditikkam dengan tombak hingga lemah serta mati.

Dalam kejadian di Sungai Tempakul, Desa Muara Bengalon, Kutai Timur, mangsa dikatakan sempat berenang di sungai itu apabila seekor buaya menghampiri dan terus menerkamnya di hadapan ayah dan adiknya.

“Ayahnya cuba menyelamatkan anaknya tetapi gagal. Buaya bawa anak itu makin ke dalam (air),”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.