Selepas beberapa hari fenomena banjir melanda beberapa kawasan di semenanjung Malaysia, kini bantuan untuk mangsa banjir giat dijalankan bagi meringankan lagi beban mereka.
Pelbagai jenis bantuan diberikan dari pelbagai sudut. Ada yang memberikan makanan dan ada juga yang membantu merbersihkan rumah dan kawasan yang terjejas oleh kerana bencana banjir.
Bagaimana pun, ada yang kurang senang dengan ‘cara’ sukarelewan yang datang membantu kerana dianggap menyusahkan lagi mangsa banjir.
Sama seperti yang tular baru-baru ini dimana seorang penduduk dari Batu 19 1/2, Sungai Lui meluahkan rasa terkilan apabila terpaksa menyelongkar timbunan sampah-sarap demi mencari kembali barangan yang masih boleh digunakan.
Dia juga turut mengakui pernah didatangi sukarelawan untuk membersihkan rumahnya yang telah dimasuki air banjir dan lumpur.
Namun apa yang membuatkan dia berasa kurang senang adalah terdapat barang-barangannya yang tidak rosak serta masih boleh digunakan dibuang oleh sukarelawan seperti pinggan mangkuk dan periuk belanga. Bahkan barang seperti itu boleh dibasuh dan tidak perlu dilupuskan.
Video yang tular di laman Facebook:
Ketika artikel ii ditulis, video tersebut telah meraih 202K tontonan, 1.5K komen dan 792 perkongsian di Facebook.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pendapat masing-masing dan ada yang bersetuju dengan wanita berusia 49 ini kerana barang yang masih elok untuk dipakai seharusnya tidak dibuang begitu sahaja.
Berikut merupakan komen warga maya:
Untuk rekod, baru-baru ini negara kita mengalami fasa sukar dan berduka apabila beberapa buah negeri di Malaysia ‘ditenggelamkan’ oleh musibah banjir.
Banyak kawasan yang terjejas terutamanya di kawasan lembah Klang serta ribuan mangsa juga turut terasa ‘peritnya’. Malah lebih menyedihkan, ada juga nyawa-nyawa yang tidak berjaya diselamatkan.
Dapat kita lihat menerusi video-video yang tersebar di media sosial dimana terdapat tanah runtuh, penutupan jalan, pokok tumbang, rumah yang ‘lesap’ dibawa arus deras, dan air banjir meningkat sehingga ke paras bahaya dimana kenderaan yang berada di kawasan parkir mahupun di jalan raya tenggelam.
Sama-sama kita doakan semoga roh yang ‘tewas’ akibat banjir dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.