Connect with us

Viral

Manis Bertudung, Khaysha Faizal Pilot Wanita Jadi Kebanggaan Malaysia

Secara tradisi,kerjaya pilot atau juruterbang biasanya kita lihat dimonopoli oleh kaum lelaki.

Kerjaya yang sangat dipandang tinggi kerana bukan calang-calang orang yang mampu melaksanakannya inisering dilihat memerlukan kepakaran seorang lelaki.

Walaubagaimanapun, sebenarnya tidak mustahil kaum wanita juga mampu untuk mengemudi dan menjadi ‘nakhoda’ sebuah kapal terbang pada zaman kini.

Malah, ianya telah dibuktikan oleh pilot wanita ini Khaysha Mohd Faizal yang dikatakan sangat trending di seluruh dunia.

 

View this post on Instagram

 

Damn, i miss LGK 🐅🐅

A post shared by Khaysha Faizal (@khayshafaizal) on

Khaysha bukan sahaja bijak, tetapi juga memiliki seraut wajah yang sangat cantik hingga menjadi viral dan sebutan ramai terutama di Malaysia.

View this post on Instagram

 

🍛🍜🍲

A post shared by Khaysha Faizal (@khayshafaizal) on

Malah Khaysha juga boleh digelar seperti instafamous kerana setiap kali foto dimuat turun lagaknya bak model popular.

View this post on Instagram

 

Rindunya 💔

A post shared by Khaysha Faizal (@khayshafaizal) on

Bukan sahaja cantik, tetapi juga bijak dan paling penting bertugas dalam kerjaya yang memerlukan seseorang itu kuat dari ketahanan mental dan fizikal.

Maklum sahaja bukan calang-calang kenderaan dibawa, tetapi kapal terbang besar dengan membawa penumpang ke destinasi dituju.

Dalam satu temubual bersama Harian Metro, gadis manis berusia 24 tahun ini bangga menjadi sebahagian warga kerja Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan mengakui bukan mudah untuk mencapai impian bergelar Kapten, namun latihan berterusan yang diterapkan MAB mampu menjadikan mereka juruterbang kelas dunia kelak.

View this post on Instagram

 

Kenduri 🌹

A post shared by Khaysha Faizal (@khayshafaizal) on

Menurutnya yang berasal dari Muar, Johor sejak usianya 15 tahun memang dia memasang niat untuk jadi pilot.

Dan akhirnya impian terlaksana dengan menimba pengalaman terlebih dahulu dengan Malindo Air sebelum bekerja dengan MAB.

 

View this post on Instagram

 

MRSM Langkawi’s Graduation Day 🎓👊🏼😊

A post shared by Khaysha Faizal (@khayshafaizal) on

Bercerita tentang cabarannya, Kaysha berkata oleh kerana perempuan tidak ramai, jadi ketika training mereka akan fikir perempuan pandai.

Namun segala cabaran dapat diharungi sebaik mungkin dan dia sangat mencintai kerjaya yang disandangnya kini.

Semoga kejayaan Khaysha ini menjadi inspirasi buat hijabi di luar sana untuk mencapai apa yang diimpikan.

Tidak ada yang mustahil kerana jika kita berusaha pasti akan dapat yang dihajati.

View this post on Instagram

 

CR7 👊🏽😻👁🐅🌹💫🌈 #cr7

A post shared by Khaysha Faizal (@khayshafaizal) on

 

Semoga semakin ramai anak gadis yang dapat mengikuti kejayaan yang dikecapi oleh pilot wanita muda ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.