Connect with us

Viral

Marah Ibu Dicekik Depan Mata, Remaja Ini Pukul Abangnya Sendiri Hingga mati

Gara-gara marah dengan tindakan salah seorang abangnya yang mencekik ibu mereka dan cuba menikam wanita itu dengan gunting, seorang remaja berusia 18 tahun bertindak memukul abangnya itu dengan menggunakan kayu sehingga mati.

Kejadian yang berlaku di Tanapuli Utara, Sumatera, Indonesia terjadi apabila mangsa yang meninggal dunia, Ambronsus Nababan, 34, datang ke rumah ibunya, Fine Tampubolon, 61, dan mula marah tanpa sebab, lapor Tribunnews.

Difahamkan ketika kejadian, remaja terbabit, Swandi Nababan dan seorang lagi adik mangsa, Suheri Nababan, 22, berada di dalam rumah ibu mereka.

Menurut jurucakap polis, mangsa dilaporkan marah sebelum mencekik ibunya. Swandi dan Suheri pula difahamkan cuba untuk meleraikan pergaduhan terbabit.

Pun begitu, mangsa tidak mengendahkan dua adiknya malah cuba bertindak lebih ganas dengan mengeluarkan gunting dan berniat untuk menikam ibunya.

“Cubaan mangsa tidak berjaya apabila dihalang Suheri yang membawa ibu mereka ke luar rumah. Suspek bagaimanapun, tidak menyerah kalah dan terus mengejar,” kata jurucakap polis.

Swandi yang menyaksikan kejadian itu dilaporkan menjadi geram lalu mengambil kayu di tepi rumah dan memukul abangnya sebanyak enam kali di bahagian kepala sehingga mangsa meninggal dunia.

Malah, mangsa juga dikatakan memang selalu memarahi dan mengugut orang tuanya itu.

Menurut laporan lanjut, sebaik abangnya meninggal dunia, Swandi terus menyerah diri di balai polis.

Menerusi keterangan daripada saksi lain, pihak polis diberitahu bahawa mangsa yang meninggal dunia memang selalu memarahi ibu bapanya. Malah, lelaki itu juga dikatakan sering mengugut mereka.

Difahamkan, ketika kejadian, bapa kepada adik-beradik ini tidak berada di rumah kerana masih bekerja di kebun.

Mangsa yang meninggal dunia dikatakan tinggal berdekatan dengan keluarganya. Malah, dia juga sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.