Sejak kebelakangan ini, nama Shuib Sepahtu sering menjadi bualan hangat netizen kerana sering dikaitkan dengan pelakon cantik wanita Malaysia antaranya Wan Sharmila yang akrab dengan anak-anaknya. Zara Zya juga turut tidak terkecuali kerana kerap berkongsikan gambar bersama.
Terdahulu, kecoh dengan gambar Wan Sharmila dan ibu Shuib yang seolah-olah sedang memberi ‘hint’ kepada semua peminat. Walau bagaimanapun, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad mengakui sedang mengenali hati budi sesorang tetapi individu tersebut hanya orang yang biasa sahaja.
Namun, semuannya masih menjadi tanda tanya buat peminat yang menanti-nantikan berita gembira dari pelawak itu.
Baru-baru ini, Shuib Sepahtu dan Zara Zya sekali lagi mencuri tumpuan netizen apabila memuat naik video gambar ‘selfie’ bersama dengan kaspyen yang mengundang pelbagai persoalan.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Shuib, memaparkan dia dan Zara Zya yang sedang berada di sebuah restoran sambil tersenyum manis. Malah, latar belakang lagu video berkenaan yang berjudul ‘Buat Aku Tersenyum’ oleh Sheila On7 itu turut menjadi perhatian.
“Nak cakap ya pun tidak, nak cakap tak pun tidak. Ianya ditengah-tengah. Haa macam mana tu, boleh tolong explain tak awak, Zara Zya.” tulis Shuib di ruangan kapsyen.
Dalam pada masa yang sama, Zara Zya juga turut memuat naik video dengan gambar-gambar selfie mereka berdua dengan kapsyen yang ditulis “Insha’Allah jadi…kan awak?”.
Susulan gambar tersebut, ramai pihak yang mempersoalkan dan membuat andaian terhadap hubungan Shuib dan Zara Zya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya mendoakan yang terbaik buat Shuib dan Zara Zya dan menitipkan doa agar mereka berdua dijodohkan.
Bukan itu sahaja, ada yang tidak mudah terpedaya malah menyifatkan gambar yang dikongsi mereka hanyalah sebagai suatu gimik marketing.
Antara komen warga netizen di laman Instagram:
“Mesti Zara bukak bubble bee..”
“Nak launching air baru ke..”
“Semoga dipermudahkan segala urusan..aaminn..”
“Lagu bagi hint ke tuu..”
Video yang tular di laman Instagram;