Siapa yang tidak seronok kalau ada orang yang belanja makan kan? Lebih-lebih lagi kalau dapat belanja dari kawan-kawan.
Menerusi satu perkongsian yang tualr di Facebook, Mohd Isa menceritakan bagaimana beliau dan ahli kumpulan motornya dibelanja oleh lelaki yang tidak dikenali.
Mari kita sama-sama ikuti perkongsian beliau.
_______
Sampai je kami kat Kari Kambing 40 hari pandangan pertama aku terlihat seorang abang yang berkopiah dan berkain pelekat duduk di tepi tiang kedai dalam keadaan yang sangat sederhana,
Dia tegur kami dari mana,
“Dari Felda tenggaroh 3 bang” jawab kami.
“Panas sangat hari ini kan” katanya
“Haah panas sangat nak sampaikan kedai makan ni habis basah lencun badan macam baru lepas kena hujan” jawab kami berseloroh.
Abang tu tanya lagi,
“berapa jam korang nak sampai sini dari Tenggaroh tu?”
“Hampir 3 jam juga bang sebab lambat tadi ada member kemalangan masa nak datang sini”
“Hah, yeke? Habis kawan adik itu ok ke? Teruk tak kecederaan kawan tu?”
Terkejut dia dengar ada yang kemalangan.
Memang benar, sebelum kami bertolak tadi tak lama tu salah seorang dari kami ada yang kemalangan berlanggar dengan sebuah hilux, dengarnya ada 3 ke 4 tempat patah dari ibu jari, jari tangan, pangkal peha tulang rusuk semua.
Terus abang tu capai telefon dan minta nombor telefon kawan kami yang jatuh tadi untuk buat pengesahan mungkin. Tapi masa abang tu telefon panggilan tu tak terjawab.
“Takpelah, pergilah pesan makan dulu” kata abang tu.
Kami pun terus pesan makanan macam biasa, siap je ambil makanan dan ke kaunter untuk buat bayaran, masa nak bayar cashier itu beritahu group yang bawa motor dari Tenggaroh tadi (group kamilah tu,lebih kurang 30 orang semuanya) makan FREE siap suruh bungkuskan sekali makanan untuk kawan kami yang kemalangan tadi termasuk keluarganya, huhu…
Terkejut kami, bukan je makan percuma malah siap beri duit sumbangan sekali untuk si Zali Sonseng tu.
Rupanya abang yang berkopiah dan berkain pelekat tadi itu tuan punya kedai Kari Kambing 40 Hari tu. Selama kami makan disini itulah pertama kali jumpa pun tuan punya kedai ini.
Patutlah kedai dia sentiasa ramai orang. Dari pagi sampai ke petang tak pernah lengang. Betullahkan, lagi banyak kita memberi lagi banyak kita menerima.
Ya Allah ya tuhanku kau murahkanlah rezeki kepada pemilik kedai Kari Kambing 40 Hari ini seperti air yang mengalir tanpa henti.
Dan mohon doakan sahabat kami Zali Song Seng semoga sihat seperti biasa dan dipermudahkan urusannya dan keluarganya.
Terima kasih tuan kedai Kari Kambing 40 Hari Ayer Hitam Batu Pahat.