Nama Intan Saleh mula mendapat perhatian netizen apabila kisah rumah tangganya bersama pemuzik, diakhiri dengan penceraian.
Intan juga terdahulu pernah membuat ‘content‘wanita perampas sekaligus membidas teguran netizen yang acah menegur.
Namun siapa sangka, menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Intan kini telah pun selamat mendirikan rumah tanga dengan seorang lelaki bernama Aizam Yahya.
Sambil diapit oleh dua orang puteranya iaitu Arish Muqri dan Ariq Muqri, Intan kelihatan sungguh berseri berjalan masuk ke dalam dewan yang dihias indah buatnya.
Dengan hanya sekali lafaz sahaja, mereka berdua selamat menjadi suami isteri. Terpancar wajah gembira berbaur sebak wanita berusia 35 tahun itu apabila suaminya menyarungkan cincin ke jari manisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tumpang gembira melihat Intan mendirikan rumah tangga kerana ramai tahu tentang kisahnya terdahulu bersama bekas suaminya.
Dalam pada itu, para netizen juga menzahirkan ucapatan tahniah atas perkahwinannya bersama pasangan tercinta.
Berikut merupakan komen daripada warga maya:
Untuk rekod, , Intan terdahulu pernah berkahwin dengan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid pada 1 Mac 2013. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arish Muqri dan Ariq Muqri.
Bagaimana pun, perhubungan mereka tidak dapat bertahan lama dan bercerai talak satu pada 22 Mac 2018.
Difahamkan Ude kini mendirikan rumah tangga bersama pelakon Izreen Azmida pada 8 Ogos 2017 lalu di di Damansara, Petaling Jaya berwalikan bapa Izreen, Mohd Aznam Mohd Noor.
Bukan itu sahaja, Intan dan Izreen juga sempat bermadu seketika sebelum masing-masing membuat haluan sendiri.