Connect with us

Viral

“Masa ni juga lah dunia umi rasa gelap sgt” Anak Dijemput Ilahi Selepas Sehari Demam

Hati siapa yang mampu menahan rasa kesedihan apabila anak yang disayangi pergi meninggalkan dalam keadaan tiba-tiba.

Itulah yang berlaku kepada seorang wanita ini di dalam satu perkongsian di Facebook.

Menerusi posting di laman sosial Facebook, Siti Hajjar Hassan berkongsi pemergian anaknya setahun yang lepas pada bulan Ramadhan.

BACA: Terlalu Sedih Kucing Kesayangan ‘Dirampas’, Ibu Wanita Ini Meninggal Dunia

Berikut adalah perkongsian beliau.

6 Ramadhan 1439h / 22 Mei 2018 / Tepat Jam 1.58pm

Subuh pada 5 Ramadhan 1439h kakak terjaga dari tido dgn muka ketakutan terus peluk umi katanya ada org dkt pintu masuk rumah.

Umi pulak blur dan kata tak ada sapa pon. Dalam keadaan dirinya ketakutan setengah jam kemudian kakak terus demam panas mendadak.

Lagipun kakak ni antibodi tak kuat mudah kena demam, batuk dan selsema Jadi ubt demam mmg umi sentiasa standby kt rumah. Bila tak sihat umi cepat-cepat bagi ubat.

Sekitar 8 pagi situasi kakak kembali baik dan tak demam. Perasaan umi teruss rasa legaa sangat. dan pagi tu jugak kakak request Roti macam atok. ( Roti bakar sapukan nuttella ) pendek kata ni juga Favourite kakak.

sambil makan sambil juga adiknya naufal kacau ambik rotinya. kakak jerit ( Ummi adik acauu kakak nk akan – Adik kacau kakak nk makan ).

Kalau kakak nak tahu umi ni sangat bahagia tgk telatah ank2 umi ni.

Hari tersebut berlalu mcm biasa kakak aktif dgn aktivitinya malah umi tetap melayan kerenah anak umi seperti biasa. dalam masa yg sama umi ckp dgn kakak kjp lagi umi nk masak nanti jaga adik utk umi – Dan dgn spontan kakak jawab ( Okey Ummi dgn nada yg sangat manja )

Bila kakak ckp dgn nada mcm tu umi rasa sayu dan lemahhnya nk bangun. Tapi bila tgk jam masih awl baru pukul 4 pm..( detik dlm hati umi ) Tak pa laa kak umi rasa nk mandikan kakak dululah ptg2 nanti sejukk pulak.

Lepas jer umii ckp mcm tu dgn excitednya kakak buka baju nk mandi. selesai semua mandi ptg tu kakak demam balik.

Masa ni umi dh mula rasa pelik tak keruan.

tgk kakak dh lain mcm tanya nk susu pon tak nak yg obvious nampak kakak sejuk menggigil.

Bila dh sejukk umi tutup kipas sapu minyak angin pakai baju tebal dan keadaan kakak pon baring dan nampak kepenatan. wktu ank2 umi duk baring umi cepat-cepat siap utk masak. Bila selesai masak umi duk dkt kakak tgk keadaan kakak.

Masa ni juga adik naufal baik sangat-sangat seakan tahu umi lebihkn perhatian pada kakaknya.

Waktu pon berlalu smp azan buka puasa. Masa umat islam sibuk bebuka puasa saat tu juga kakak mula tak sedar dan terusss fit.. Perkara ni first time umi lalui umi tak tau nk bt apa melainkan panggil nama kakak.

Bila dh kakak fit umi ayah bergegas ke hospital Ampang. masa di wad kecemasan pon kakak tetap fit dan hilang fit sekejap lps tu dtg balik fitnya smpai jam 9 mlm masa ni makdak datang teman kakak sekejap sb ayah nk hntr umi balik sb kesiankan adik naufal.

Dh smp rumah ayah pulak pergi hospital jaga kakak. umi kat rumah dgn di temani oleh adik naufal. Masa duk rumah hati umi fikir mcm2 pasal kakak.

Umi wasap jer Ayah tnya pasal kakak. smp jam kul 3 pagi doktor sahkan kakak kritikal. Masa ni juga lah dunia umi rasa gelap sgt.

Jam 5 pagi ayah balik ambik umi dan adik kt rumah pergi hospital. Dan masa ni juga laa umi bgtau seluruh ahli keluarga utk doakan kakak.

Sampai sekarang umi terbayang keadaan kakak kene cucuk sana sini. bila dh di pindahkn ke icu doktor pakar bgtau kuman dh merebak ke otak kakak. harapan untuk sembuh tipis dan kakak bernafas pon melalui mesin.

Malah sekali lagi umi lembik dan tak kuat kenangkan kakak.

Bila jam menunjukkan 1.58 Ptg kakak pergi di jemput ilahi buat selamanya dan Doktor sahkan pemergian kakak sebab ACUTE NECROTIZING ENCEPHALOPATHY.

Walaupun dh masuk setahun kakak pergi. Umi tetap rasa syukur sb di kelilingi insan yg baik-baik dan beri support utk umi.

Nak lagi umi ttp berjuang demi adik naufal yg kian membesar serta menyerupai sifat kakak. Bila tgk telatah adik naufal perasaan rindu umi pasti terubat . – Alhamdulillah –

Sebagai info utk ibu ayah di luar sana bila anak-anak sering deman batuk dan selsema please WAJIB ambik PERHATIAN sepenuhnya. walaupun anak nampak aktif tidak bermakna virus jahat tidak mendampingi anak kita.

Sebab itu juga kita sbgai IbuBapa perlu IKHTIAR dapatkan extra vaksin untuk anak-anak sebagai protection.

Yg penting mencegah lebih baik dari mengubatinya !

Yg Ikhlas Umi yg sentiasa merindui kamu duhai Anak syurga #nurainaqilah #AlFatihah.

Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.