Selalu dilema bila di dapur adalah memasak menggunakan cili, kadang-kadang pedas sangat dan kadang-kadang tak pedas langsung.
Walaupun kita beli cili di kedai yang sama tapi berkemungkinan sumbernya berbeza.
Jadi, bagaimana nak bezakan cili yang pedas dan tak terlalu pedas? Wanita ini kongsi cara mengenali cili yang tak pedas, kurang pedas dan terlebih pedas.
Mari kita ikuti perkongsian beliau.
___________
Dalam 2 3 hari ni ramai benar yang dok mengadu pasal cili pedas.. di sini saya share cara nak pilih cili tak pedas, kurang pedas dan terlebih pedas..
1. Yang kiri tu nampak cantik dan tak berapa kering kulitnya dan glowing jer… tu jangan percaya sangat dengan kelembutan wajahnya..
Sebab yang ini jenis puaka niyang rapik punya rasa.. extra pedas.. kalau makan rasa macam nak tumbuk orang yang ada di sebelah..
2. Tengah tu nampak kering kontang bagai gurun sahara.. yang ni pedas biasa.. pedas yang mungkin kanak-kanak boleh makan dan senyum lagi..
3. Kanan.. yang ni nampak macam terlebih kolejen.. nampak bersinar-sinar.. rasanya langsung tak pedas..
Kalau anak-anak makan mereka boleh ketawa girang sebab boleh makan nasi sambal extra..
___________
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua pembaca.