Menjadi lumrah insan bercinta, pasti ramai yang memilih dan mengutamakan harta, pangkat dan juga rupa bahkan pada masa kini ianya seakan menjadi kayu ukur untuk berumah tangga.
Sehingga terkadang ramai yang lupa sebenarnya banyak lagi yang perlu dititikberatkan untuk seseorang itu menjadi pasangan sehidup semati. Tiada guna jika ada harta pangkat serta rupa tapi tiada tanggungjawab dan juga keikhlasan.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat si isteri menyediakan makanan tengahari untuk suami ketika sedang berkerja mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @fatihamazlan1997 di laman TikTok, dia yang mesra disapa Fatiha berpakat dengan suami untuk berjumpa di suaru tempat untuk makan bersama-sama bagi mengalas perut.
Dapat kita lihat si isteri memanjat lori untuk makan makanan dari hasil air tangannya dengan suami tercinta.
Suaminya pula kelihatan sangat berselera dan teruja ketika melihat lauk pauk yang dibawa seperti sotong cili padi, masak lemak labu, ayam goreng serta ulam-ulaman.
Jelas terpancar keceriaan suami malah dia juga sempat menghargai kasih sayang dan pengorbanan isteri dengan mengucapkan terima kasih berkali-kali.
“Walaupon ssh nak makan tengahari sekali. Kita bawakkan dia makan” ujarnya di ruangan kapsyen
Meninjau di ruangan komen, rata-rata tumpang gembira melihat gelagat mereka dalam berumah tangga. Meskipun sederhana, namun kelihatan sangat bahagia.
Bukan itu sahaja, ada juga yang memuji si isteri kerana tidak memilih bahkan menerima pasangan apa adanya.
Antara komen warga maya:
“Bagus isteri dia, cantik, pandai masak tak memilih pon suami kerja apa.. respect awak sis”
“Awak cantik.. tak kisah pun suami kerja biasa2 je..”
“Sukanya suami yang puji isteri”
“Segala penat lelah time masak tu hilang terus apabila husband kita puji sedap.. hargai sangat apa kita dah buat..”
Video yang tular di laman TikTok: