Connect with us

Viral

“Masih ada lelaki baik di dunia ni” Muka Garang Nampak Ala ‘Gangster’, Rupa-Rupanya Seorang Bapa & Suami Penyayang

Siapa sahaja yang tidak menginginkan pasangan yang baik dan kehidupan rumah tangga yang bahagia bukan?

Iospital phone repair gombak

Tidak perlu mengukur seseorang daripada paras rupa mereka, kerana penentu kebahagiaan bukanlah terletak pada rupa parasnya.

Malah kebaikannya, sikap saling memahami, menghormati dan menerima pasangan seadanya yang mampu menjadikan sesuatu hubungan itu semakin erat dan bahagia.

Terbaru, tular suatu perkongsian di laman Facebook mengenai seorang bapa yang sangat bertanggungjawab dan penyayang telah mencuri perhatian warga maya.

Menerusi hantaran yang dibuat oleh Fairuz Aziz yang juga merupakan seorang penulis motivasi, dia meluahkan pendapatnya berkenaan situasi yang terjadi di hadapan matanya itu sendiri.

“Tadi masa makan, ada seorang laki (ayah) muka punya garang. Baju tertulis perkataan Muay Thai. Rambut botak Ala gangster.

“Saya nampak ada point-point Positive yang saya perlu kongsikan kepada semua orang.

“Saya lihat, bila dengan anak-anak dan isteri Masyallah lelaki ini sangat caring. Allahurabbi #respect betul lelaki begini,” tulisnya.

Bagi Fairuz, lelaki itu bukan sahaja seorang bapa yang penyayang terhadap anaknya malah turut memuliakan isterinya.

“Untuk anak paling kecil, si ayah ambil kain kecil dan letakkan kain di leher anak tu. Orang jenis ni sangat kemas dan teratur.

“Masa isteri makan, si ayah (suami) korban masa beberapa minit untuk beri laluan isteri makan dengan tenang. Orang macam ni, bukan jenis pukul Isteri tau. Kalau isteri marah, pasti pegang tangan isteri dan tenangkan isteri.

“Habis makan, si ayah lap-lap meja dan kutip sisa nasi sebab dua anak lagi (umur tiga hingga empat tahun) makan bersepah-sepah. Orang macam ni dekat rumah mesti tak boleh tengok isteri buat kerja sorang-sorang. Tempat awam pun dah buat perkara baik ini apatah lagi di rumah.

“Habis berkemas, tolak kerusi. Allahurabbi sweetnya. Kemas, kutip, sisih dan susun ni antara tabiat orang Jepun. Tabiat yang bagus!” hujahnya lagi.

Difahamkan, Fairuz mampu melihat kualiti pada lelaki tersebut walaupun hanya dalam tempoh seketika sahaja.

“Jujurnya saya menjadi saksi segala kebaikan yang beliau lakukan.

“Untuk wanita di luar sana yang mencari suami, jangan hanya mencari suami yang boleh penuhkan poket kita sahaja.

“Sangat penting lelaki yang ada usaha. Sangat bagus lelaki yang ada rasa tanggungjawab. Sangat baik lelaki yang ada rasa hormat. Ya Benar, duit pun penting tapi jangan hanya pandang sudut kewangan sahaja tetapi intai-intailah juga sudut akhlak.

“Lelaki baik beriman, Alhamdulillah. Lelaki bijak kewangan, syukur. Lelaki baik beriman, bijak kewangan… syukur Alhamdulillah.

“Terima Kasih menjadi lelaki yang baik. Sejak akhir-akhir ini asyik dengar banyak masalah suami (lelaki). Hari ini terbukti masih ada lelaki yang baik di dunia,” katanya di akhir hantarannya.

Melihat ke ruangan komen, orang ramai rata-ratanya melemparkan pujian terhadap lelaki yang diceritakan dalam hantaran tersebut.

Antara komen netizen:

“tanda ayah dan ibu yg berjaya mendidik anak lelaki menjadi seorang pemimpin utk keturunannya”


“doakan semoga satu hari nanti sy punyai suami macam ni.. amin”

Hantaran yang tular:

Continue Reading
Advertisement