Pelakon Zara Zya atau nama sebenar beliau Zainurul Razia binti Mohd Zainuddin merupakan seorang pelakon dan pengacara.
Lebih mesra dengan panggilan Zara Zya, pelakon ini sering berkongsi perkembangan terbarunya di laman Instagram bersama pengikutnya.
Zara Zya terpaksa membuang 32 hiji kek pisang
Menerusi Instagramnya, pelakon ini memuat satu posting sedih bersama gambar kek yang telah dibuang.
Difahamkan, Zara Zya terkilan apabila terpaksa membuang 32 biji kek pisang yang sepatutnya dijual kepada pelanggan.
Bila garam saya ingatkan bicarbonate soda
Menurut pelakon ini yang berusia 36 tahun itu, kek itu tidak boleh dijual gara-gara tersalah memasukkan garam ke dalam adunannya.
“Menangis saya malam ni. Bila garam saya ingatkan bicarbonate soda.”
Jadi masin semasin masinnya kek saya
“Jadi masin semasin masinnya kek saya malam ni terpaksa saya buang 32 biji,” katanya.
Walaupun sedih dengan apa yang berlaku, namun Zara menyifatkan ia pengalamn paling manis dalam mengusahakan penjualan makanan.
Ketawa dalam air mata
“Tergeliat saya mulakan balik. Ini pengalaman yang paling manis buat saya dalam projek @zarazyacooks walaupun ketawa dalam airmata,” luahnya.
Malah perkongsian pelakon itu turut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut bersimpati dengan nasib Zara.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat turut bersimpati dengan nasib yang menimpa pelakon berkenaan.
Labelkan dan senang nak kesan mana garam dan mana bicarbonate
Malah, ada juga yang mencadangkan supaya Zara Zya meletakkan label makanan di setiap botol bagi memudahkan pelakon ini.
“Labelkan, senang nak kesan yang mana garam mana bekabonat,” pesan salah seorang pengikutnya.
Dugaan dalam berniaga pelbagai cara
Selain itu ada yang turut memberikan semangat dan meminta supaya pelakon ini bersabar dengan dugaan dalam jatuh bangun perniagaan beliau.
“Dugaan dalam berniaga dalam pelbagai cara. Cara kita handle menentukan jatuh bangun bisnes. Semoga terus kuat dear,” nasihat salah seorang warganet.