“Masuk bilik ada 2 bakul baju belum lipat, penatnya bidadari saya” Ustaz Ebit Kongsi Doa Untuk Isteri
Rumah tangga yang bahagia di mana suami dan isteri saling memahami tugas dan tanggungjawab bersama.
Seorang isteri adalah pendamping hidup bagi suami. Pengorbanan seorang isteri tidak kurang hebatnya untuk melayani keluarga seharian.
Kadang-kadang si isteri sampai tidak ada masa untuk diri sendiri kerana kepenatan seharian membuat kerja.
Mari kita ikuti perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew untuk menjadi panduan kita semua.
Kasihan Bidadariku Ini Penat, Tak Sempat Dating Berdua
Paling bahagia dapat kayuh basikal berdua dengan bidadari tercinta. Kasihan bidadariku ini penat dan tak sempat masa dating berdua.
Miss u sayang.
Ada sekali bila sampai rumah tengah malam. Dah 1 pagi. Tengok bidadari dah tertidur di sofa di ruang tamu. Tunggu suami seperti selalu. Rasa sebak lak.
Ya Allah kasihan bidadariku. Ampunilah dirinya, berilah kesihatan padanya. Ya Allah beri syurga firdaus buat dirinya.
Perlahan-lahan beri salam supaya dia tak terjaga dan tutup pintu perlahan-lahan. Saya paling nikmat dan seronok bila lihat bidadari saya boleh berehat sikit. Yerlah mana sempat seorang isteri itu untuk berehat.
Masuk Bilik.. Tengok Ada Dua Bakul Besar Belum Berlipat. Saya masuk bilik tengok ada 2 bakul baju besar belum lipat.
Ada sikit-sikit dah lipat. Penatnya bidadari saya.Saya berusaha lipat semuanya. Terasa sakit pinggang.
Terasa jenguh juga menghabiskan semuanya Dan puas juga tengok masa baju anak.
Sedih sebab tak tahu sangat mana baju anak mana. Sebab semua almari lain-lain. Anak dah 4 orang.
Sebak fikir macam manalah ibu, isteri, seorang wanita buat semua ini seorang diri dalam keletihan. Setiap hari tanpa rehat dan tanpa henti.
Semakin Lama Lipat Baju, Semakin Sebak.Dekat 2 jam lipat baju. Makin sebak rasa. Ya Allah ganjarilah dengan sebesar-besar ganjaran buat bidadariku.
Kemudian masukkan dalam almari. Susun ikut almari masing-masing. Maknanya ada 6 almari. Semuanya lain-lain.
Ada baju siang. Baju malam, baju berjalan, baju di rumah. Ada baju tidur. Musim panas musim sejuk. Sedih rasa. Ya Allah.. ada baju kena gantung. Ada baju kena lipat.
Bila tengok dalam almari. Semuanya cantik kemas.Hebat seorang wanita. Rupanya nak lipat kain pun penuh kesenian. Penuh ketelitian.
Penuh sistem.Takut bidadari saya terjaga. Kerana saya tahu bidadari saya penat jaga dan urus anak-anak. Itupun saya takkan terbalas jasanya.
Ya Allah. Bidadari saya menangis kejut saya.
“Kenapa abang buat semua ini. Abang penat berdakwah.”
Sebab abang lelaki. Abang sayang bidadari abang kerana Allah. Abang sihat. Sayang banyak pahala khidmat.
Bahagiakan hati sayang buat Allah sayang.Abang nak pegang tangan sayang pimpin masuk syurga.
I love u sayangku bidadariku.
__________
Semoga perkongsian Ustaz Ebit Lew menjadi contoh dan tauladan buat semua terutamanya para suami.