Baru-baru ini, Jenama produk kecantikan dan kesihatan, Kamya menganjurkan festival Kamya Festival (Kamya Fest) di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10-12 Februari lepas.
Bagi menggalakkan lebih ramai generasi baru untuk maju dalam bidang keusahawanan, Kamya Fest menampilkan 300 vendor jualan yang terdiri daripada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan.
Namun lain pula ceritanya apabila rata-rata vendor di bawah program itu meluahkan rasa sedih dan kesal kerana penganjur seakan lepas tangan.
Hal ini kerana ianya tiada sambutan dan vendor disana mengalami kerugian beribu-ribu kerana tidak balik modal berniaga.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang juga merupakan ahli peniaga meluahkan rasa kecewa apatah lagi bila dia mendedahkan sewa tapak RM2000 telah dibayar tetapi hasilnya amat menyedihkan.
“Nak cari duit lebih masuk la event. Tapak 2K full payment. Dengan harapan yang tinggi kami di sini. Pukul 4 pagi buat sampai nak siap sebelum event start pukul 10 pagi.”
“Total 11kg tepung untuk hari first di event Kamya Fest. Dari pagi sampai malam tutup, hanya beberapa biji terjual. Dan esoknya tak boleh simpan. Kami jaga kualiti makanan kami. Dan staff lagi kena bayar. Tapi di mana pihak bertanggungjawab?.”
“Walaupun sakit tetap gagah juga lepas tu ujian anak-anak tak sihat. Harini terpaksa bawa gi hospital. Tanya staff macam mana niaga harini tetap sama macam semalam. Terdiam, terduduk rasa.”
“Geng peniaga lain pergi berbincang dengan organizer tapi macam tak ada solution pun. Ya Allah kesian la dekat kami yang tak ada duit ni. Kenapa korang buat kami macam ni?”, luahnya dalam video berkenaan.
Lebih menyedihkan, penganjur mengenakan bayaran masuk kepada pengunjung sebanyak RM10 satu kepala jika ingin masuk ke perkarangan Kamya Fest. Ia menjadi faktor festival itu hambar dan tidak mendapat sambutan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui harga yang ditetapkan untuk masuk ke festival tersebut tidak masuk akal iaitu RM10 satu kepala. Belum masuk parking lagi. Jika satu keluarga suami isteri dan 4 orang anak, mereka perlu memabyar RM60 untuk masuk sahaja.
Netizen juga berharap agar ada keadilan buat peniaga yang tertindas apatah lagi bila keuntungan tidak balik modal walaupun separuh.
Antara komen warga maya:
Video yang tular di laman TikTok: