Connect with us

Viral

Masuk Zon Kuning Gara-Gara Sumbat Pemadam Dalam Telinga Kanan, Doktor Periksa Rupanya Telinga Kiri Pun Ada ‘Benda’!

Sudah menjadi lumrah, anak kecil yang sedang berada dalam fasa membesar sememangnya gemar untuk ‘meneroka’ sesuatu perkara bahkan terkadang mereka melakukan perkara yang berada diluar jangkaan kita.
Iospital phone repair gombak
Sebab itu lah ibu bapa sering diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mengawasi setiap kelakuan anak-anak agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang kanak-kanak berusi 8 tahun mengadu sakit telinga di sebelah kanan mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan mStar, ibunya, Susilawati Ahmad, 40, dia amat terkejut apabila melihat ada seketul benda asing berwarna putih di dalam telinga anaknya, Anis NurulJannah.

“Mulanya saya tak tahu kenapa dia sakit sebab saya baru je bersihkan telinga dia. Tiba-tiba lepas balik sekolah pada Ahad lalu dia datang dekat saya sambil bawa alat korek telinga yang ada lampu tu dan cakap telinga sakit.”

“Saya cuba korek. dia masih kata sakit. Saya tak puas hati cuba suluh lampu dalam lubang telinga dan nampaklah ada benda warna putih.”

“Saya tanya dia apa dalam telinga tu. Dia tak mengaku apa-apa. Dia cakap tak tahu apa benda putih dalam telinga tu,” katanya

Bimbang telinga anaknya cedera, dia segera bergegas ke klinik kesihatan untuk melakukan pemeriksaan pada pukul 2.30 petang.

Ketika berada di klinik berkenaan, doktor yang merawat anaknya hairan bagaimana benda asing yang berwarna putih itu boleh berada di dalam lubang telinga Anis.


Selepas ditanya berkali-kali, Anis akhirnya mengaku kesakitan itu disebabkan dia telah memasukkan sebiji pemadam ke dalam telinganya.

“Sepanjang perjalanan ke klinik dia diam sahaja tak cakap apa-apa sampailah doktor periksa dan kata ni bukan tahi telinga.”

“Selepas saya tanya berkali-kali, tiba-tiba dia nangis dan cakap dia masukkan pemadam. Waktu tu saya terkejut macam mana dia boleh terfikir nak masukkan pemadam dalam telinga. Nak marah tapi fikir anak tengah sakit, jadi simpanlah dulu marah tu.”

“Bila dapat tahu doktor suruh masuk bilik rawatan untuk nurse keluarkan pemadam tu guna pengepit besi. Cuba punya cuba tak boleh juga nak keluarkan. Anis pun dah menangis dan menjerit sakit,” katanya.

Seterusnya, doktor meminta Wati membawa anaknya ke sebuah hospital di Tangkak.

“Doktor bagi surat refer ke hospital sebab klinik dah tak boleh buat. Bila sampai semua doktor cuba nak keluarkan pemadam tu tapi masih tak boleh.”

“Bila dah cuba banyak kali, terlukalah sikit bahagian dinding telinga dia. Berdarah, makin dia takut.”

“Akhirnya doktor beritahu mereka juga gagal sebab pemadam tu dah tersangkut di dinding telinga. Anis pula tak berhenti menjerit,” katanya sambil menambah dia menganggarkan berada di hospital itu selama dua jam.

Setelah dua kali gagal, akhirnya doktor di hospital berkenaan meminta Wati segera ke unit kecemasan Hospital Muar.

Anis akhirnya terpaksa dirujuk ke pakar Telinga, Hidung dan Lidah (ENT) Hospital Sultanah Fatimah Muar keesokan harinya (Isnin).

“Sampai hospital, kami terus ke zon kuning. Waktu tu pukul 6 petang tak silap saya. Alhamdulillah lepas pujuk tu nampak dia relaks sikit. Tak nangis dah.

“Esoknya saya datang dan beritahu anak saya akan meronta kalau sakit. Jadi doktor pakar minta kebenaran untuk bedung dan ikat tangan dia. Beberapa kali cuba akhirnya Alhamdulillah berjaya keluarkan.

“Dah selesai semua doktor maklumkan yang telinga sebelah kiri pun Anis ada masukkan benda. Sebab bila doktor periksa nampak sesuatu yang berkilat. Bila sedut keluar, rupanya manik dalam telinga kiri dia. Allah makin tambah terkejut saya,” katanya.

Anis perlu berjumpa dengan doktor pakar ENT pada 8 Februari ini di hospital sama susulan pendarahan dan luka pada dinding telinganya.

“Saya sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua doktor yang berusaha untuk mengeluarkan pemadam dari telinga Anis. Terutamanya doktor di Hospital Pakar Sultanah Fatimah dari bahagian klinik ENT,” katanya

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@aisy_aariz2769 #gagal ♬ original sound – Putri Fieyna

Continue Reading
Advertisement