Penyanyi yang sedang meningkat naik, Masya Masyitah berjaya mengharumkan nama negara ke peringkat dunia apabila berjaya memenangi pertandingan mencungkil bakal peringkat antarabangsa, Yippi Stat Quest 2020, baru-baru ini.
Menerusi laporan dari Kosmo, penyanyi yang baru berusia 20 tahun itu berjaya menewaskan penyanyi dari Filipina, sekaligus melayakkan dirinya menang hadiah wang lumayan kira-kira AS$40,000 (RM160,000) termasuk wang tunai AS$25,000 (RM104,000).
“Alhamdulillah, saya memang tidak sangka. Sudah tentu, final malam tadi sangat sengit. Phem pun ada kekuatan dan peminat tersendiri namun rezeki ternyata lebih memihak kepada saya,” katanya.
Pertandingan yang sudah pun berlanjutan selama empat bulan itu berjaya menyaksikan Masya menewaskan kira-kira 3,000 peserta dari Asia yang bertanding.
Kepetahan dan kefasihan Masya berbahasa Mandarin berjaya meraih perhatian ramai yang menjadi pilihan utama dalam platform media sosial Yippi.
Masya membawakan lagu-lagu dalam bahasa Mandarin, Melayu, Inggeris dan Indonesia berdasarkan pilihan penonton, termasuk 16 buah lagu seperti Living On A Prayer (nyanyian asal Bon Jovi) dan beberapa lagu lain berbahasa Mandarin dan Tagalog pada peringkat akhir.
Dek kerana perwatakan menarik dan menyenangkan membuatkan penonton sepakat mengundi Masya hingga peringkat akhir dan menjadi juara di antara 3,000 peserta lain.
Terdahulu, pada malam separuh akhir, pelantun lagu Hapus itu menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Mandarin, Melayu, Inggeris dan Indonesia berdasarkan pilihan penonton.
Bukan itu sahaja, perwatakannya menarik dan menyenangkan yang ditonjolkan membuatkan penonton daripada pelbagai kaum serata rantau Asia Tenggara sepakat mengundinya sehingga ke peringkat akhir kerana percaya pada bakatnya dan akhirnya, menjadi juara di antara 3,000 peserta lain.
Pada peringkat akhir, Masya menyanyikan 16 buah lagu termasuk lagu berjudul Living On A Prayer (nyanyian asal Bon Jovi) dan beberapa lagu lain berbahasa Mandarin dan Tagalog,