Seperti yang kita tahu, Kuala Lumpur merupakan Ibu Kota yang tidak pernah tidur malah sentiasa sibuk dengan kenderaan dan orang awam walaupun sudah mencecah 3-4 pagi. Jadi tidak hairanlah ada segelintir Mat Rempit membanjiri bandaraya dengan melakukan bunyi bising ekzos motorsikal.
Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana aksi ‘berani mati’ seorang pemuda lagak hebat ini mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @m_riyazudin, pada awalnya lelaki itu bersama sekumpulan penunggang motosikal lain yang berada di hadapan kedengaran membuat bising dengan deruman enjin masing-masing sambil menanti lampu isyarat merah bertukar hijau.
Sebaik sahaja lampu bertukar hijau, mangsa yang berada paling hadapan meluru laju sambil melakukan aksi wheelie.
Bagaimanapun, dek kerana hilang kawalan, dia terjatuh daripada motosikal dan tergolek. Mujurlah orang yang berada di belakang dan disebelahnya sempat untuk mengelak dari terlanggar.
Namun apa yang membuatkan ramai berasa ‘puas hati’ adalah apabila tiada seorang pun yang datang membantu malah bersorak melihat lelaki tersebut jatuh oleh kerana sikap sendiri. Manakan tidak, ianya jelas berbahaya dan tidak mendatangkan kebaikan bahkan seakan ingin menunjuk kehebatan di depan orang ramai sahaja.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen netizen menyelar tindakan mat motor berkenaan yang hampir menjadi punca kepada berlakunya kemalangan beramai-ramai.
Bukan itu sahaja, netizen juga berkata lelaki tersebut bukan hanya dapat ‘sakit’ tetapi siap pakej dengan ‘malu’ sekaligus sempat berseloroh mungkin lelaki tersebut tidak akan jejak ke KL lagi kerana terlalu malu untuk berdepan dengan orang ramai.
Antara komen wargamaya:
“Dengar cerita last dia duduk kl malam tu..”
“Hahaha malu dapat sakit dapat ini KL bro.. dah niarap..”
“Muka nak letak mana tu”
“Malu dapat sakit dapat.. kawan pun tak berhenti tolong”
“Tu makan dia.. mesti tahan sakit bagai nak rakk..”
“Sakit 2 hari dah hilang.. tapi malu 2 tahun.. memang esok jual motor ambil baru.. biar orang tak kenal no moto”
“Dengar cite tak naik motor dah sekarang naik grab”
Video yang tular di laman TikTok: