Selain keunikan budaya dan berbilang kaum di Malaysia, makanan dan minumannya turut menjadikan daya tarikan para pelancong luar negara.
Malah, ada di antara mereka sukar untuk melupakan keenakan masakan air tangan orang Malaysia serta berharap sesetengah menu ada dijual di negara mereka.
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan seorang warga Amerika Syarikat (AS) membawa pulang beberapa pek minuman segera dari Malaysia ke negaranya.
“Ini (paket serbuk teh) mengingatkan saya tentang Malaysia. Saya beli ini pada hari saya travel (di Malaysia).
“Saya tak tahu ini adalah teh tarik atau sesuatu yang lain. Saya tidak begitu pasti, tetapi rasanya bagus,” ujarnya.
Bagaimanapun, dia terpaksa menahan ‘godaan’ daripada minum teh Boh tersebut kerana bimbang akan berasa ketagih memandangkan tidak banyak paket yang ada dalam simpanannya.
“Saya cuba untuk ambil banyak kerana tak mahu ia cepat habis. Hanya tinggal dua (paket) lagi, saya akan menyimpan yang lain dan guna yang ini.
“Ini mengingatkan saya kepada Malaysia dan ‘beautiful people’,” ujarnya.
Menerusi video yang dikongsikan, dia membancuh serbuk teh menggunakan air panas sambil menggambarkannya sebagai ‘air ajaib’ sebelum menikmatinya di tepi tingkap.
“Teh tarik? Saya tak tahu,” katanya menerusi video di akaun [email protected].
Pun begitu, dia tetap bertanya sama ada ia adalah teh tarik atau sebaliknya, dan jika bukan, apakah nama minuman tersebut. Dia turut memaklumkan minuman teh segera itu tidak dijual di Amerika.
Tahun lalu, warga Amerika ini sanggup menempuh perjalanan selama 30 jam ke Malaysia, dan membandingkan Kuala Lumpur dengan bandar raya paling popular di dunia, New York.
“Kuala Lumpur bagi saya lebih moden berbanding New York City, dan pastinya lebih selamat,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen, keterujaannya tentang minuman segera itu menarik perhatian rakyat Malaysia. Secara tidak langsung mengingatkan mereka kepada Cameron Highlands.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok
“That’s remind me of Cameron Highland. Have you been to Cameron highland?”
“Come back abd buy more !!”
“I drink too this tea…very nice taste”
“Bruhh, you may buy 1 big pack maybe not mistaken about 30 small pack in it cost about Malaysian Ringgit hmmm 25 may be..”
Video yang tular di laman TikTok