Untuk menguasai pelbagai bahasa bukanlah satu perkara yang mudah bahkan ianya memerlukan masa yang sangat lama untuk mempelajari bahasa yang kita inginkan.
Pun begitu bagi seorang lelaki Belanda, Wouter Corduwener mampu menguasai hampir 30 jenis bahasa asing dari seluruh dunia.
Seperti video yang tular baru-baru ini dimana Wouter ada membuat satu ‘cabaran’ di mana beliau akan memberikan €20 (RM92.50) kepada mana-mana orang awam yang boleh berbicara dengannya dalam bahasa yang beliau tidak tahu.
Pun begitu, semasa beliau bertemu dengan sekumpulan pelancong, Wouter telah bertemu dengan seorang wanita Malaysia yang bercakap dalam dialek Kelantan. Jelas kelihatan Wouter sukar menjawab semula apa yang dituturkan oleh wanita itu mengikut dialek yang digunakan.
“So, demo kecek kelate ke? Bahasa apa demo kecek?” kata wanita Malaysia itu.
Setelah mendengar penerangan wanita Malaysia itu, Wouter segera memberikan €20 (RM92.50) kepadanya sebagai hadiah berjaya ‘menewaskan’ beliau. Seorang lagi wanita yang ada di situ terpinga-pinga apabila melihat kedua-duanya bersembang.
Meninjau di ruanga komen, rata-rata warga netizen kagum melihat wanita tersebut yang menewaskan lelaki itu dengan sangat mudah.
Dalam masa yang sama, netizen juga kagum dengan Wouter kerana beliau sangat arif membezakan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Indonesia, walaupun kedua-duanya mempunyai sebahagian bunyi dan perkataan yang agak sama.
Antara komen warga maya:
“akhirnya dia mengalah kat Bahasa Melayu”
“”she speak Malay, I speak Indonesian, that’s two different languages”
“mamat ni jumpa beberapa lagi pelancong Malaysia & dia mengalah dengan BM”
Video yang tular di laman TikTok: