Connect with us

Viral

Ayah Kembali Bertugas Demi Negara, Reaksi Anak Meraung Undang Sebak Netizen

Perkahwinan jarak jauh (PJJ) bukanlah satu perkara yang mudah. Terutamanya bagi pasangan yang berkahwin dengan anggota tentera.

Ia memerlukan pengorbanan yang besar dan perlu berjauhan dalam tempoh waktu yang lama demi menggalas tanggungjawab kepada negara.

Bukan sahaja perlu menahan rindu dan terpaksa membesarkan anak seorang diri namun sang isteri juga perlu berdepan situasi dimana anak-anak menangis bila ayahnya hendak pergi ke kerja semula kerana harus berpisah lama.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang anak perempuan menangis teruk apabila mengetahui bahawa ayahnya hendak pergi menjalankan tugas demi negara mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, tempoh cuti ayahya telah tamat dan perlu balik semula berkerja seperti biasa namun anak sulung kepada pasangan ini yang ketika itu baru sahaja pulang daripada sekolah tidak dapat menerima takdir bahawa ayahnya perlu ‘pergi’ menjalankan tugas.

Dapat kita lihat dia yang masih lengkap berbaju sekolah menarik baldi dan barangan lain kepunyaan ayahnya dan berharap agar ayahnya itu tidak berjauhan dengannya.

Namun ayahnya mengambil perlahan-lahan barangan yang ada ditangan anaknya lalu pergi dengan hati yang sangat berat memandangkan si anak yang menangis teresak-esak.

Nampak tenang, namun dalam hati ayahnya siapa yang tahu bukan?

“Auto mata ibu masok habuk juga” kata ibunya di ruangan kapsyen.

Menjengah di video lain, dapat kita lihat betapa akrabnya perhubungan ayah dan anak ini apatahlagi ayahnya sejenis yang ‘melayan’ sahaja telatah anak-anak. Patutlah anak dia betul-betul merasa kehilangan apabila ayahnya hendak kembali bertugas.

Video yang tular di laman TikTok:

@user447694423159 awk milik kami #armywife #fypシ゚ ♬ Seribu Kemanisan – Siti Nurhaliza

@user447694423159 auto mata ibu masok habuk jgk🥺 #warkahcintatentera💚🇲🇾#save ♬ bunyi asal – Luqman Hakim

@user447694423159 ble boyfriends d balik umh 🥰🥰 #fypシ ♬ I Love Mama Mantu – Bulan Sutena

Ketika arikel ini ditulis, video tersebut telah pun meraih 4.7M tontonan, 460.4K tanda suka, 17.3K komen dan 13.9K perkongsian di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut sebak melihat si anak yang meraung kerana tidak sanggup berjauhan dengan ayahnya.

Bukan itu sahaja, malah para netizen juga menyifatkan ayahnya seorang yang kental kerana tidak menunjukkan sedihnya di depan anak-anak yang masih kecil dan tidak mengerti apa itu pengorbanan dan tanggungjawab.

Berikut merupakan komen warga maya:


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.