Setiap manusia mengimpikan sebuah kehidupan yang sempurna termasuk memiliki kerjaya yang bagus dan juga masa depan yang cerah.
Begitu juga dengan seorang perempuan yang bernama Kathera berusia 33 tahun, juga pernah mendambakan sebuah kehidupan yang sempurna.
Sikap tidak kenal putus asa hadirkan sebuah kegembiraan buatnya
Selepas puas bergelut dengan kesukaran dan kesulitan, senjata dirinya yang paling ampuh iaitu tidak pernah kenal putus asa akhirnya menghadirkan sebuah kegembiraan buatnya.
Dia yang bercita-cita untuk berkhidmat kepada negara iaitu sebagai pegawai polis wanita di wilayah Ghazni, Afghanistan, akhirnya diperoleh Kathera.
Jiwa besarnya untuk berbakti pada masyarakat telah diragut
Walau bagaimanapun, kegembiraan itu hanya sekelip mata, apabila jiwa besarnya untuk berbakti kepada masyarakat diragut oleh insiden yang kejam.
Memetik laporan Astro Awani, apa yang lebih menyayat hati adalah insiden yang amat kejam itu telah membinasakan masa depan yang sudah lama diatur Kathera.
Perkara terakhir yang saya nampak adalah 3 orang lelaki menyerang saya
“Perkara terakhir yang saya nampak ialah tiga orang lelaki di atas sebuah motosikal menyerang saya apabila saya meninggalkan tempat kerja di stesen polis”.
“Mereka menembak dan menusuk mata saya dengan pisau. Apabila saya bangun di (katil) hospital, dunia saya menjadi gelap,” Kathera mengimbau permulaan kekejaman terhadap dirinya.
Ibu kepada lima orang cahaya mata ini hilang penglihatan
Hanya kerana mengimpikan sebuah kerjaya, ibu kepada lima cahaya mata itu kini hilang penglihatannya.
“Saya bertanya kepada doktor, mengapa saya tidak boleh melihat apa-apa? Mereka memberitahu saya bahawa mata saya masih dibalut kerana luka.
Saya berharap dapat berkhidmat sekurang-kurangnya setahun
“Namun, pada ketika itu, saya lebih tahu,” luah Kathera menyambung perbualan.Kata Kathera, dia hanya sempat menikmati kehidupan sebagai seorang pegawai polis di bahagian jenayah untuk beberapa bulan sahaja, sebelum penglihatannya itu ‘dirampas’.
“Saya berharap dapat berkhidmat sebagai pegawai polis untuk sekurang-kurangnya setahun”.
“Sekiranya ia benar-benar berlaku pada saya selepas itu, Ia akan menjadi kurang menyakitkan”.
Ia berlaku dengan terlalu pantas
“Ia berlaku dengan terlalu pantas, saya hanya dapat bekerja dan menunaikan impian saya selama tiga bulan sahaja,” ujarnya kepada Reuters
Kathera dan pihak berkuasan tempatan tegas mendakwa, serangan ke atasnya itu dilakukan oleh militan Taliban.
Ayah Kathera menentang keras keputusannya
Meskipun puak Taliban menafikan ada kaitan dengan kekejaman itu, sebaliknya, mendakwa, serangan ke atas wanita itu beritik tolak pada rasa tidak senang ayah Kathera dengan kerjaya yang disandang anaknya itu.
Difahamkan, Ayah Kathera didakwa menentang keras keputusan anaknya menyertai pasukan beruniform dan perkara itu diakui sendiri olehnya.
Ayah minta mereka halang saya daripada bekerja
“Berkali-kali ketika saya ke tempat kerja, saya melihat ayah mengikuti saya. Dia mula mengubungi Taliban di kawasan berdekatan dan meminta mereka menghalang saya daripada bekerja,” dedah Kathera.
Tambahnya lagi, ayahnya juga ada memberikan salinan kad pengenalannya kepada militan Taliban sebagai bukti bahawa dia bekerja dengan pihak polis.
Menurut Kathera, dia masih ingat pada hari kejadian serangan dia menerima panggilan daripada bapanya sepanjang masa hanya semata-mata mahu mengetahui lokasi keberadaannya.
Ayah mangsa telah ditahan untuk siasatan
Difahamkan, ini petunjuk kepada polis Ghazni yang percaya serangan itu dilakukan militan Taliban dan ayah mangsa pula dalam masa telah ditahan untuk siasatan.
Menerusi jurucakap Taliban, mereka mengakui menyedari berkenaan kes itu, namun sekeras-kerasnya menafikan penglibatan mereka dan berpendapat, tragedi kekejaman itu ada kaitan dengan masalah peribadi keluarga itu.
Berdasarkan kes kekejaman ke atas Kathera itu, realitinya, wanita berkerjaya masih diancam bahaya di Afghanistan kerana menjadi antara sasaran serangan militan Taliban yang kononnya bertindak mengikut landasan Islam.
Semoga kisah ini menjadi contoh dan pengajaran kepada kita semua.