Connect with us

Viral

Mata & Kepala Dicicah Dalam Cili, Sotong Dimakan Hidup-hidup Buat Netizen Kurang Senang

Di negara timur khusus Korea Selatan, trend makan sotong mentah ini merupakan perkara biasa di sana bahkan ianya menjadi kegemaran rakyat disana.

Malah, ada juga sebilangan youtouber, instafamous dan tiktokers membuat video ‘mukbang’ dimana menunjukkan mereka makan makanan tersebut dengan sangat menyelerakan.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini di negara jiran dimana tular sebuah restoran di Thailand yang dipercayai menghidangkan menu sotong hidup bersama-sama sos cili.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @karake7, kelihatan seorang pelayan yang memasukkan sotong hidup ke dalam gelas jernih berisi sos cili. Sotong itu dimasukkan dengan sekaligus bersama-sama matanya ke dalam sos.

Dapat juga kita lihat sotong tersebut bergerak-gerak kepanasan setelah dicicah dengan sos tersebut.

Bukan itu sahaja, sotong tersebut turut mengeluarkan bunyi sebaik sahaja ia dimasukkan ke dalam gelas berkenaan.

Difahamkan, sotong itu sememangnya akan bergerak-gerak sehingga ia lembik dan akhirnya dimakan hidup-hidup oleh pelanggan di restoran itu.

Video yang tular di laman TikTok:

@karake7ถูกและสดมีอยู่จริงๆ หมึกโวยวาย39บาท♬ เสียงต้นฉบับ – การะเกด ปิ่นแก้ว

@karake7 ไม่ดร่าม่านะนะ นานๆจะกินน้องเอง#ตัวละ39บาท ♬ เสียงต้นฉบับ – การะเกด ปิ่นแก้ว

Ketika artikel ini ditulis, vieo tersebut telah meraih 7.6M tontonan, 223.9K tanda suka, 6158 komen dan 6857 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berasa tidak puas hati dengan restoran tersebut kerana menghidangkan makanan sebegitu.

Bukan itu sahaja, malah para netizen mengakui berasa kesian melihat sotong tersebut kerana diperlakukan seperti itu dan mereka juga berpandangan bahawa lebih baik mayikan sotong tersebut dahulu sebelum makan dan bukannya makan hidup-hidup begitu.

Antara komen warga maya:

“Seelok-eloknya matikanlah dulu sotong tu.

“Kesian sotong kepedasan.

“Kenapa mereka perlu terseksa sebelum dimakan oleh manusia.


“Kesian, bayangkan mata anda diletakkan lada, mesti sakit.”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.