Connect with us

Viral

“Mau tak kecut perut” Abang Rider Terpaksa Hantar Order Di Tanah Perkuburan, Rupa-Rupanya…

Seperti yang kita tahu, setiap pekerjaan pasti akan ada cabaran dan kesukarannya yang tersendiri. Begitu juga bekerja sebagai penghantar makanan ataupun rider, mereka harus bekerja tanpa mengira cuaca panas mahupun hujan lebat, kejar ‘order’, dan juga harus melayan karenah pelanggan-pelanggan mereka.

Iospital phone repair gombak

Terbaru, tular suatu rakaman video di laman TikTok mengenai seorang penghantar makanan menerima pesanan yang lokasinya terletak di tanah perkuburan.

Siapa sahaja yang tidak cuak, dapat pesanan pada waktu malam malah lokasinya pula di tanah perkuburan yang kebiasaannya dipenuhi dengan cerita-cerita seram dan mistik.

NAmun begitu, rider tersebut tetap menjalankan tugasnya dan menghantarnya ke lokasi yang telah ditetapkan itu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @anwarcaad13, kelihatan rider tersebut baru sahaja selesai menghantar pesanan kepada mereka.

Ternyata, sebenarnya pesanan itu dibuat oleh sekumpulan individu yang bekerja pada waktu malam sebagai penggali kubur di kawasan tersebut.

Apa yang mencuri perhatian ramai ialah apabila riak wajah rider itu sebaik sahaja tiba di lokasi tanah perkuburan tersebut dengan melihat beberapa orang sedang bekerja di situ.

Menjengah di ruangan komen, orang ramai meluahkan pendapat yang sama merasakan bahawa betapa beraninya rider itu sanggup menghantar pesanan tersebut sehingga ke lokasi tersebut.

Bukan itu saha, ada warganet yang menyatakan bahawa rider itu bernasib baik kerana tidak menjadi mangsa ‘scam’ oleh makhluk ghaib seperti mana penghantar-penghantar makanan lain pernah melaluinya.

Antara komen netizen:

“Ingat kena scam…. Nayaaa follow location tau2 smpai kubur.. Nasib baik tak kena scam”

“mau tak kecut perut abang panda dpt location tanah perkuburan 😭”


“aku ingat kes yg sorg driver foodpanda hntr order gi rumah yg lma kena tinggal🙂”

“Perghh hahaha auto pikir 8kali nk hantar ke tak risau benda lain yang order 🤣”

“saya pernah anta kek.. malam.. ikut Waze.. anta ke tanah perkuburan.. dh la sorg.. masuk jln kubur tu sempit.. nak pusing susah.. 2 kali pusing anta ke kubur gak .call customer tak angkat.. Kali ke 3 baru jawab.. Ruper nya umah dia blkg kubur.. tp kena pusing ikut jln lain..”

Video TikTok yang tular:

@anwarcaad13 #foodpandamalaysia #galikubur #pizzahutmalaysia ♬ original sound – anwarcaad13 – Anwar Abdul Rahman Full

Continue Reading
Advertisement