Kemalangan boleh berlaku tidak mengira tempat dan masa malah kita sering diingatkan agar perlu ‘extra’ berhati-hati apabila berada di atas jalan raya bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Hal ini boleh terjadi oleh kerana kecuaian diri sendiri ataupun pengguna jalan raya yang lain. Tidak kira lah salah siapa, tetapi apabila berlaku sahaja kemalangan, pasti kita akan berasa panik dan terkejut.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki berkongsi gelagat kawannya ketika kemalangan mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @hzwann.__, kelihatan kereta yang dipandu rakannya itu melanggar bahagian belakang kereta perodua Myvi yang berada di hadapannya.
Namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah, ketenangan individu yang merakamkan video ini beserta nada suaranya yang seolah sangat bersahaja seakan tidak ada apa apa yang berlaku.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen geli hati melihat gelagatnya yang sangat bersahaja walaupun sudah terlanggar kereta yang berada di hadapannya.
Bukan itu sahaja, netizen turut hairan bagaimana dia boleh mendapatkan ketenangan kerana selalunya orang akan berasa panik dan ‘cuak’ setelah melanggar kenderaan pengguna jalan raya yang lain.
Malah ada juga netizen yang berseloroh mengatakan ‘reaction’ santai yang diberikan seolah-olah sudah biasa melakukan perkara tersebut.
Antara komen warga maya:
“Tak skang ni pahal reaction dia macam benda dah selalu jadi je”
“Alamak kenapa macam tenang ribut jiwa ni”
“Perggh santai je cakap tu”
“Baru nak healing dah hilang mood”
“Wah dia buat kereta tu macam bumper car dekat funfair je ek.. tenang betul”
“Hahaha buat rilek rilek jer, dah benda tak sengaja nak buat macam mana”
“Aku pun tak tahu lah nak sedih nak ketawa nak kesian pun tidak kena”
Video yang tular di laman TikTok: