Connect with us

Viral

“Melayu tahu haram hanya babi” Buat ‘Review Forex, PU Syed Tegur Artis Buat Ramai Netizen Puas Hati

Perasan atau tidak, setiap kali kita tengok video di youtube, pasti ternampak iklan Forex yang rancak di review Wak Doyok dan Fizo Omar. Bahkan dalam iklan tersebut mereka menunjukkan bagaimana hendak mendapatkan duit dengan mudah hanya menggunakan applikasi tersebut.

Mengulas isu tersebut, Pencetus Ummah (PU) Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakhri Syed Ishak menyampaikan sedikit pesanan buat artis-artis Malaysia yang dilihat rancak melakukan ulasan ataupun ‘review’ berkaitan syarikat broker global yang dikenali sebagai OctaFX di Instagram.


Menerusi perkongsian tersebut, PU Syed mempersoalkan kepada artis yang menerima ‘job’ itu untuk mengambil tahu sama ada halal atau haram cara dagangannya sehingga begitu berani mereka bermain dan menguar-uarkan kepada orang awam.

Dalam masa yang sama, dia berharap ada pihak yang memantau tengang isu tersebut kerana ianya berkaitan dengan hukum agama islam.

“Adakah kita nak sambar apa sahaja peluang untuk dapat duit tanpa ambil kira halal dan haram perkara tersebut?!”

“Adakah kita nak sambar apa sahaja peluang untuk dapat duit tanpa ambil kira halal dan haram perkara tersebut?!” Ujarnya tegas

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen bersetuju dan menyokong kenyataan yang diberikan oleh PU Syed bahkan ada yang akui ‘semak’ melihat iklan sebegitu yang dihebahkan oleh artis tersebut.

Bukan itu saja, netizen juga menyifatkan mereka hanya memikirkan wang semata-mata takpa memeriksa halal haram sesuatu perkara.

Antara komen warga maya:

“antara golongan yang payah nak terima teguran selain golongan merokok. Katanya kubur asing2. Sibuk hal sendiri jangan sibuk hal aku. Kang aku kaya kau juga nak menempek. Allahu”

“semak betul, sedih tengok celebriti kita yang endorse product gini”


Perkongsian yang tular :

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.