Lelaki yang menjadi tular baru-baru ini kerana melempang wanita di dalam satu video telah dibebaskan dari lokap.
Syukrey Adin yang berusia 37 tahun telah dibebaskan selepas ditahan selama empat hari di lokap.
Kes ini adalah susulan kejadian Syukrey menampar pemandu wanita yang didakwa tidak memberi ‘signal’ ketika masuk simpang.
Bagi Syukrey, memang terasa perit apabila terpaksa bermalam selama 4 hari di dalam lokap.
“Memang perit tetapi dalam masa sama saya berpuas hati kerana saya percaya apa yang berlaku dapat memberikan pengajaran kepada semua,” katanya memetik laporan dari mStar.
Tetapi baginya apa yang dilakukannya sekurang-kurangnya memberi pengajaran kepada semua tentang pentingnya menggunakan signal terutama ketika menukar laluan atau membelok.
“Semua sudah tahu punca kenapa saya memukul wanita itu dan saya sudah pun menerima hukumannya dengan dua kesalahan.”
Menurut Syukrey, kejadian seperti itu mungkin tidak akan berlaku sekiranya pemandu wanita terbabit mengangkat tangan atau meminta maaf serta tidak kurang ajar.
“Saya manusia, ada perasaan tapi saya takkan suka-suka pukul orang lain. Dalam insiden itu saya pula dimarahinya, mungkin kalau dia angkat tangan atau minta maaf, benda ini takkan terjadi,” katanya.
Syukrey akhirnya dapat kembali bertugas sebagai Chef hari ini dan mengaku segala kesalahan yang dibacakan pertuduhan kepadanya.
“Saya memang mengaku salah dengan apa yang telah saya buat. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Saya dikenakan denda dan dibebaskan pada Isnin,” katanya.
Harapan Syukrey adalah semoga pemandu-pemandu kenderaan lain lebih berhati-hati dan mengutamakan kesselamatan orang lain di atas jalan raya.
Semoga insiden seperti ini tidak lagi berlaku di kemudian hari.