“Memang rare!” Kahwin Tema ‘COD’, Pengantin Dibungkus Dalam Kotak Siap Kena Angkat Buat Ramai Terhibur
Majlis pernikahan dan persandingan merupakan perkara yang indah serta membawa memori yang manis di mana sebuah pasangan disatukan menjadi suami isteri.
Memori indah sememangnya tidak ada tarikh luput, sudah tentu setiap pasangan pengantin menginginkan sesuatu yang ‘perfect’ pada hari ijab dan kabul mereka seperti pelamin yang indah, makeup yang on point, makanan catering yang lazat dan busana yang indah.
Jadi tidak hairanlah jika ada yang meletakkan tema atau konsep tersendiri untuk hari bahagia mereka, seperti tema back to school, konsep mafia, konsep garden, konsep kartun, konsep princess dan banyak lagi.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana pasangan ini membuat konsep Cash Of Delivery (COD) mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang tular, dapat kita lihat pengantin lelaki ‘dibungkus’ dalam kotak dengan kemas untuk dihantar ke rumah pengantin perempuan.
Rakan-rakannya yang memakai jaket dan helmet seperti seorang ‘rider’ penghantar batang membawa kotak berisi lelaki tersebut ke lokasi majlis akad nikah.
Malah, sebaik saja dia tiba di rumah pengantin perempuan, kotak tersebut dibuka sebelum pengantin bersiap sedia untuk melafazkan ijab kabul.
Tidak dinafikan, ramai tetamu yang terkejut melihat tema COD sekaligus terhibur dengan idea kreatif pengantin malah akui tema unik itu sebagai salah satu momen pernikahan yang tidak boleh dilupakan.
Bagaimanapun, majlis berjalan dengan lancar apabila pasangan pengantin selamat bergelar suami isteri. Sebaik sahaja pasangan mempelai selamat disatukan, mereka juga tidak ketinggalan untuk bergambar bersama rakan-rakan pengapit pengantin lelaki di majlis tersebut.
Video yang tular di Youtube:
Raree betull tema diorang ni tak pernah di buat dek orang.. nasib baik pengantin di ‘delivery’ dekat alamat yang betul, kalau salah alamat memang nayaaa hahahaha