Connect with us

Viral

“Memang unik” Terlupa Isi Minyak, Pemuda Ini Teruja Jumpa Pam Petrol Legend Dalam Kampung Felda

Pastinya ramai diantara kita yang tidak pernah melihat petrol pam manual bukan? Selalunya petrol pam manual ini akan ada dikawasan pedalaman yang sememangnya disitu sukar untuk kita dapatkan bekalan minyak petrol.
Iospital phone repair gombak
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohd Muzhaffar Ra’il, 34 berkongsi pengalamannya ketika pergi bercuti bersama keluarganya ke Kampung Sri Gading, Sedili, Johor dan menemui stesen minyak daripada masa silam.

Memetik laporan mStar, Muzhaffar sempat merakam detik berharga itu apabila dia singgah mengisi petrol di stesen minyak yang menggunakan pam analog.

“Saya pergi bercuti dengan keluarga besar belah adik-beradik saya. Pada pagi tu saya dengan beberapa ahli keluarga keluar cari sarapan. Tiba-tiba isyarat lampu minyak menyala.”

“Kami tanya orang kampung dekat situ, di mana stesen minyak yang paling dekat dan mereka cakap kena pergi dekat pekan sana, jauh dalam 60 kilometer (km) juga perjalanan sehala.”


“Lepas pusing-pusing tu kami jumpa la satu stesen minyak ni, tapi stesen minyak kampung. Maklum la kami bercuti ni pun di kawasan luar bandar… dalam Felda,” ujar Muzhaffar

Menurut Muzzhaffar, stesen minyak itu mungkin kelihatan malap tetapi sistem pam petrol yang digunakannya adalah seakan-akan sesuatu yang ditarik keluar dari mesin masa.

“Mesin yang dia pakai tu memang agak unik. First time saya tengok. Saya ada berborak dengan pakcik yang jaga kedai minyak tu, dia cakap dia buat dan ubah suai sendiri mesin tu.”

“Dia siap ada hos getah macam mesin tebu. Katanya mesin tu berusia hampir sedekad juga. Mesin macam ni banyak ada dekat Felda.”

“Orang Felda kan generasi peneroka, jadi mereka memang kreatif bab-bab ni,” terang Muzhaffar.

“Dia akan bawa satu tong drum naik kenderaan pacuan empat roda pergi ke stesen minyak di pekan untuk dapatkan supply. Sekali dia pergi tu ada had yang dia boleh beli.”

“Had dia dalam 100 ke 200 liter sekali isi. Jadi lepas isi tu dia akan bawa balik tong drum yang dah penuh tu dan masukkan petrol ke dalam mesin dekat tempat dia.”

“Sebab dia kena buat transportation semua sendiri, saya tak dapat nafikan yang harga minyak dia mahal 30 sen daripada biasa. Dia pun nak kena cari untung juga, lagi pun tak ada orang hantar minyak dekat dia.”

“Saya pun tak isi banyak, kira-kira 10 liter je untuk bagi lepas pergi bandar dan isi minyak dekat pekan,” kata Muzhaffar.

Mengenai mesin pam minyak itu sendiri, Muzhaffar mengatakan dia menggunakan konsep hidraulik kerana memerlukan banyak pergerakan fizikal untuk menggunakannya.

“Mesin dia ni tak pakai elektrik. Saya nampak ada dua langkah yang dia kena buat untuk isi minyak kereta saya.”

“Mula-mula dia akan pusingkan satu tuas untuk naikkan minyak dari tong drum ke dalam bekas silinder penyimpan dekat atas mesin tu.”

“Lepas tu dia akan pusingkan macam satu roda ni untuk salurkan minyak tu dari mesin ke dalam hos getah dan masuk ke dalam kereta saya. Jadi ada dua kerja utama yang dia kena buat.”

“Dari segi keselamatan, walaupun nampak sistem dia macam ‘cowboy’ je, tapi saya rasa tak ada la bahaya sangat sebab dia sama je macam pam biasa dekat bandar cuma dia analog,” kata Muzhaffar.

Muzhaffar sempat memaklumkan bahawa pelanggan yang mengisi petrol di stesen minyak tersebut adalah orang kampung yang menggunakan motosikal dan jarang sekali kereta sepertinya.

Video yang tular di laman TikTok:

@sifu_apo Legend! @SarahManaf ♬ suara asli – hierapsz. – Hieraps

Continue Reading
Advertisement