Connect with us

Semasa

Mempunyai 10 Ribu Orang Pekerja, Pedagang Arab Kongsi Rahsia Kekayaan

Sedikit perkongsian dari Nik Hilman ketika beliau berjumpa dengan pedagang kaya Arab semasa berada di Makkah.

Semasa di Makkah, saya ditakdirkan Allah, berjumpa dengan hamba Allah yang sangat-sangat kaya. Kerjanya adalah berdagang barang-barang keperluan di seluruh tanah arab seperti kurma, gandum, unta, kambing, dan macam-macam lagi.

Dengan takdir Allah, hamba Allah ini menegur saya sewaktu menunggu azan solat fardu berada betul-betul sebelah saya dalam saf.

Hamba Allah ini tanya saya dari mana, dan saya bagitahu dari Malaysia dan dia tanya lagi adakah pertama kali datang ke Makkah.

Saya menjawab ya. Dia terus memeluk saya dan menyebut kalimah masyaAllah. Semua percakapan dalam bahasa english. Al maklum sebab saya tak reti bahasa arab. Setakat ana anta tu boleh lah. Walaupun sekolah dan universiti saya ambil bahasa arab.

Seterusnya, saya tanyakan dia, dari mana. Dia cakap dari arab saudi dan dia tanyakan saya, adakah saya student atau sudah bekerja.

Saya cakap, saya sudah umur sekian-sekian dan ada perniagaan kecil kecilan, dan saya tanya pula, apa pekerjaan dia. Dia cakap, dia bantu salurkan makanan dari Allah utk ke seluruh penduduk tanah arab.

MasyaAllah, saya sudah agak, dia ni mesti pedagang arab yg hebat. Tapi, saya tanya lagi adakah anta berniaga? Di balas ya, dan terus naikkan semangat saya untuk terus bersembang dengan dia.

Orang nya sangat rendah diri dan sama seperti orang-orang lain di dalam masjid al haram. Tak ada perbezaan darjat pun.. bukan duduk di carpet istimewa atau ruang istimewa.. dan sy pasti hamba Allah ini adalah millionir mahupun billionir..

Maka mula lah sesi interview yg sgt hebat dan tip2 yg dia bagi pada sy, bagaimana utk menjadi pembantu Allah dalam dunia ini.. kalau nk jadi pembantu Allah dalam kehidupan harian kita, dlm pekerjaan kita, kita kena apply juga ya.. kalau dah jadi pembantu dan hambaNya.. faham2 lah.. jadi PA pada org besar pun dah boleh buat duit kan dgn izin Allah.. ini kan pula Pada Allah s.w.t, tuhan kita sekalian alam.. MasyaAllah..

Maka sy tya lagi, adakah makanan2 yg sy makan di sini tu anta yg supply..? Dia cakap, ya.. dia adalah salah seorang dari beberapa pedagang yg lain.. terus sy sapa, masyaAllah.. dan dia sambung bukan dari dia.. tp dari Allah s.w.t.. katanya.. in english..

“not from me, but from Allah s.w.t..”

Dia sambung, hamba Allah ini ckp, dia kena jaga pekerjanya seramai 10000 org di seluruh tanah arab.. masyaAllah.. terus sy rasa mcm nak pengsan.. sy jaga beberapa org pun dah rasa mcm x tentu hala.. ini kan pula 10000 org.. MasyaAllah.. jadi, sudah faham kan, sejauh mana perniagaan hamba Allah ini jika mempunyai pekerja 10000 org..

Sy tya dia, mcm mana boleh sampai tahap mcm ni.. dia terus cakap.. semua nya kerana Allah yang bagi dan amanahkan pada dia.. dulu dia seorang yg miskin, berdagang seperti pedagang2 kecil yg lain.. yg membantu emak dia jual barang2 keperluan di tepi2 jalan.. dan semua nya sekelip mata, bila hamba Allah ini buat tips yg dia bagi pada sy ini.. ringkas dan mudah.. conversation x boleh panjang, sbb dlm masjid dan org dah azan.. maklum lah..

Apa yg tips dia bagi.. utk apply..?

  1. Solat fardu 5 waktu jgn tinggal
  2. Jaga solat awal waktu, sebelum azan harus ada di dalam masjid2 yg terdekat.. sbb Allah memanggil kita, kenapa kita harus sombong xnak pergi.. seperti Allah ingin memberikan sesuatu dan panggil kita ke rumahnya, x logik kalau kita xnak pergi..
  3. Solat sunat duha dan tahajjud jgn sesekali tinggal.. minimum 4 rakaat 2 rakaat setiap solat. Ini sebagai seolah2 pintu belakang kita dengan Allah s.w.t..
  4. Solat taubat setiap hari..
  5. Doa.. dan doa nya adalah, Ya Allah, kau anugerahkan lah aku perniagaan besar dan barkah yang dapat aku bantu seluruh umat islam di muka bumi ini. Itu shj..
  6. Zakat dan Sedekah..

MASYAALLAH…. semuaNya di atas kehendakNya.. kita penuhkan semua tips yg Hamba Allah ini bagi.. insyaAllah.. rezeki perniagaan kita semua akan terbentang luas, kerana niat perniagaan kita dan menjalankan amanah yg kita janjikan itu..

InsyaAllah, dengan apa yg sy kongsikan ini akan mendatangkan satu anugerah dari Allah s.w.t yg hebat yg x semena2 kita jangkakan kan.. insyaAllah.. sy doakan kawan2 yg membaca ini berjaya di dunia dan akhirat di limpahkan rezeki oleh Nya..

Salam..

(sy guna istilah pembantu ini sekadar perkataan hambaNya yg menjalankan amanah ya.. sbb Allah maha besar, sekelian alam. Faham ya..)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.