Connect with us

Viral

“Menangis bucu katil..” Tular Foto Anggota Polis Terpaksa Tangguh Nikah, Lelaki Ini Ceritakan Apa Sebenarnya Terjadi

Seorang pegawai polis, Ahmad Zaim Nasreen Musa terpaksa menangguhkan majlis pernikahannya demi keutamaan kepada tugas, selepas kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang pandemik Covid-19.

Ahmad Zaim sepatutnya melangsungkan pernikahannya bersama pasangan, Mas Ayuvita Azizul pada 17 Januari lalu di Gemas, Negeri Sembilan.

Sebelum ini, tular gambar beliau berseragam polis sedang menjaga sekatan jalan raya di sebuah jalan di Kuala Lumpur.

Gambar itu telah mendapat perhatian orang ramai di laman Facebook mahupun Twitter.

Berkongsi cerita bersama media, Ahmad Zaim berkata dia sama sekali tidak menjangka gambar tersebut akan menjadi viral memandangkan dia tidak memuat naik di mana-mana akaun media sosial.

Menangis di bucu katil

Kongsi Zaim, keputusan untuk menangguhkan pernikahan itu diambil sebaik pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Isnin lalu.

Katanya, tindakan menangguhkan pernikahan bukanlah kerana tidak mendapat cuti, namun kerana peningkatan kes COVID-19 di dalam negara selain faktor PKP dan PKPB di kampung mereka berdua.

“(Tangguh nikah) lepas umum PKP Isnin, 11 Jan tu, tetapi untuk pernikahan atau perkahwinan, pembekuan cuti dikecualikan.

“Menangis bucu katil masing-masing min. Tapi alhamdulillah diorang faham,” katanya apabila ditanya reaksi pasangan dan keluarga atas penangguhan itu.

Tapi bukan lah tak dapat cuti, cuma saya buat keputusan tangguh sebab kes meningkat. Pasangan dari tempat kerja PKP dan saya pun PKP. Tapi kampung di kawasan PKPB dan kawasan rumah kampung pasangan pun dalam situasi kuarantin.

Kongsi Zaim, gambar itu sebenarnya telah diambil atas kebenaran pegawai atasan bagi ‘memujuk’ si dia gara-gara terpaksa menangguhkan pernikahan mereka.

“Niat untuk dikongsikan bersama keluarga sahaja dan kongsi di status Whatsapp, macam biasa-biasa dibuat orang untuk beli jiwa pasangan sebab dia tengah sedih. Tapi tak sangka pulak viral macam ni,” ujarnya.

Tambah beliau, kini dia dan pasangan sedang memikirkan tarikh ganti bagi meneruskan rencana tersebut.

Sebelum mengakhiri perbualan, beliau sempat berpesan agar orang ramai duduk di dalam rumah jika tiada urusan penting di luar.

“Jangan keluar rumah kalau tak ada yang penting atau kecemasan. Sebabkan kepentingan diri sendiri, orang lain yang menanggung musibah.”

Menteri Pengangkutan puji

Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memuji pengorbanan Ahmad Zaim Nasreen Musa dan pasangan.

“Demi tugas, demi negara, anggota keselamatan kita sedia berkorban apa saja.

“Anggota keselamatan, Ahmad Zaim Nasreen bin Musa sepatutnya meraikan hari bahagia beliau dengan pasangannya, Mas Ayuvita binti Azizul di Felda Palong 8, Gemas, Negeri Sembilan hari ini 17 Januari 2021.

“Namun demi tanggungjawab kepada negara, Ahmad Zaim menangguhkan hari bahagianya. Satu pengorbanan yang amat besar,” tulis Dr Wee di laman Facebook pada Ahad.

Beliau turut memuat naik gambar Ahmad Zaim yang memegang nota bertulis ‘sepatutnya hari ini saya nikah 17.01.21’.

Dalam pada itu, Dr Wee turut menzahirkan penghargaan terhadap pada petugas barisan hadapan di atas pengorbanan mereka.

“Hargailah jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan negara kita,” tulisnya lagi

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.