Uqasha Senrose yang baru saja pulang dari mengerjakan ibadah Umrah meluahkan rasa syukur perjalanannya ke sana berjalan dengan lancar dan segala urusan dipermudahkan.
Sempat berkongsikan cerita, Uqasha memberitahu sepanjang berada di bumi Mekah dia sering menangis terkenangkan dosa-dosa lampau.
“Sebelum ini saya pernah terduduk dan hilang arah kerana kesilapan lalu serta runsing tanpa sebab. Ia soal hubungan keluarga, kerjaya dan kehidupan seharian. Ada ketikanya tidak tahu apa punca yang membuatkan hati tidak tenang.
Sebagai insan seni yang sering dilanda kontroversi sebelum ini, bukan mudah untuk pelakon jelita Uqasha Senrose membuktikan dirinya telah berubah dan menjadi lebih baik dari sehari ke sehari.
Jika sebelum ini ramai yang menganggap hati Uqasha sering berubah-ubah, kini dia membuktikan dirinya umpama merebus tidak empuk iaitu kekal dengan pendirian mahu berubah menjadi lebih baik.
Uqasha melalui satu perjalanan suci apabila dia berpeluang menunaikan ibadah umrah dan kembali ke tanah air hari ini.
“Perasaan berkecamuk itu hilang sebaik sahaja menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Bagaikan satu keajaiban berlaku, semuanya berubah. Satu kegembiraan yang tak boleh diluahkan dengan kata-kata kerana ia terlalu indah,” katanya kepada Utusan Online.
Tidak mahu lagi dirinya terpalit dengan kontroversi panas seperti sebelum ini, Uqasha memberitahu dia mahu membuka buku baru dan menjalani hidup lebih tenang. Dalam pada itu, Uqasha turut meminta maaf diatas kesilapannya terdahulu.
“Cukup-cukuplah kontroversi dan kisah panas yang boleh menenggelamkan kerjaya seni. Saya mahu menguatkan hati untuk mengatakan tidak kepada perkara-perkara yang mungkin boleh merosakkan diri.
“Apa yang sudah berlaku bukanlah sesuatu yang patut disesali kerana ia banyak pengajaran. Kata orang, sebaik-baik ilmu itu adalah pengalaman. Saya minta maaf kerana pernah menjadi contoh tidak baik kepada masyarakat. Ketika itu saya belum matang dan mudah bertindak tanpa memikirkan dahulu apa akibatnya,” katanya.
Uqasha memberitahu dia bersama keluarganya mengerjakan ibadah umrah pada 26 Disember lepas.
Ini adalah kali pertama bagi Uqasha untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah dan menurutnya perancangan ini telah diatur oleh ibunya sejak tahun lepas lagi.
“Dari tahun lepas mama rancang buat umrah ni dan akhirnya hujung tahun ini kami adik-beradik dapat cari waktu cuti yang sama. Mama selalu cakap pergi cuti sana-sini boleh… apa salah pergi umrah dan melawat tempat suci umat Islam. Alhamdullilah, hujung tahun ini rezeki kami sekeluarga dijemput ke sana,” katanya